Khamis, 5 Disember 2013

Promosi: 60 unit Myvi 1.5L F.E.M istimewa untuk wanita


Myvi Edisi Terhad Khas dilancarkan Perodua kepada pelanggan wanita sebagai sebahagian daripada kempen khusus untuk wanita yang berlangsung di Publika, Kuala Lumpur semalam.
“Perodua Myvi 1.5 Edisi Terhad yang direka untuk wanita moden ini dicipta khusus untuk ahli wanita Perodua Female Empowerment Movement (FEM) yang mendaftar ,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.


Model Myvi yang didekorasi bersama rekaan pelekat bergaya ini dilengkapi dengan stereng, alas kaki dan tempat duduk kulit dengan logo F.E.M, sistem multimedia dengan navigasi, kamera belakang dan bekas serba guna eksklusif yang bernilai RM4,000.
Sebanyak 60 unit kereta akan dikeluarkan sempena kempen ini dengan hanya boleh dibeli oleh ahli FEM yang mendaftar di www.peroduafem.com.my berdasarkan sistem siapa cepat dan memenuhi syarat seperti; wanita, berusia 18 tahun ke atas serta memiliki atau pernah memandu kereta keluaran Perodua.
Ditawarkan dalam pilihan warna Ivory White, Myvi Edisi Terhad ini boleh dimiliki dengan harga RM56, 027.

Myvi FEM_13Myvi FEM_12 Myvi FEM_11
Myvi FEM_10 Myvi FEM_09 Myvi FEM_08

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...