Gambar hiasan |
Kota Kinabalu: Sebanyak empat laporan polis diterima berkaitan kerosakan struktur bangunan, aset kerajaan dan persendirian di sekitar bandar raya ini sejak tragedi gempa bumi di Ranau, 5 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, dua laporan dibuat di balai polis Menggatal dan satu masing-masing di Balai Polis Inanam dan Luyang.
"Empat laporan polis yang diterima di sekitar bandar raya ini berkaitan kerosakan struktur bangunan, aset kerajaan, swasta dan milik persendirian sejak kejadian gempa bumi pada 5 Jun lalu.
"Sehubungan itu, polis menyarankan kepada semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta atau perseorangan di sekitar Kota Kinabalu dan lain-lain daerah untuk tampil ke balai polis bagi membuat laporan berkaitan apa-apa kerosakan bangunan atau aset akibat kejadian gempa bumi 5 Jun lalu," katanya.
Menurutnya, ia bertujuan mendapatkan data atau maklumat lengkap yang tepat serta dapat mentafsir jumlah kerugian yang dialami sekali gus merangka perancangan untuk menyalurkan bantuan sewajarnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58057#sthash.VSJDsZKg.dpuf
0 Komen:
Catat Ulasan