Rabu, 9 Februari 2011

Cikgu Yang Membosankan Murid Tenggelam | SHAHAZRIN.COM


Salam semua, selamat petang, apa kahabar sihat. Semoga anda berada dalam keadaan baik dan selamat , sedikit kecuaian walau dimana anda berada akan membawa musibah ingat tu.

Nak cerita pasal cikgu, Ingat tak cerita "MASAM MASAM MANIS" Tan Sri P.Ramlee, Cikgu Tulis kat papan hitam dan suruh anak-anak murid baca dan cikgu [ tidur ]... Macam-macam pulak cerita yang kita dengar pasal cikgu yang terlibat dalam kesalahan jenayah sehari dua ini. Mencabul, cubaan merogol dan memiliki bahan lucah seperti di laporkan akhbar.

Memang benar mereka juga manusia biasa, tetapi semua ibu bapa memberi harapan yang sangat tinggi pada guru di sekolah untuk mendidik dan memerhatikan anak mereka semasa di sekolah. Bagi Ibu Bapa sekolah adalah antara tempat yang paling selamat untuk anak mereka selain dirumah. Memang  benar malang tak berbau, Tetapi hal ini perlu diambil berat dan tegas oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan guru yang berkualiti dan berintegriti.

Walaupun kes yang berlaku hanya satu dua sahaja, tetapi bukanlah semua GURU begitu, takkan kerana nila setitik rosak susu sebelangakan? tapi dalam setandan pisang tak semunya baikkan.. Cuma aku ingin menitik beratkan agar keikhlasan mereka ini melaksankan tugas mulia supaya dapat menjadikan proses pengajaran dan  pembelajaran tidak membosankan dan terus membuatkan minat murid untuk belajar hilang dan diteruskan hingga ke akhir Tingkatan.

Antara faktor yang aku dapat rungkaikan mengikut input yang dikeluarkan oleh otak aku ialah, minat pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran hilang kerana terdapat guru yang melaksankan proses pembelajaran dengan gaya yang membosankan. Pernah tak dengar rintihan pelajar atau adik-adik yang " cikgu tu.. tak best la... suka marah " " garang tak bertempat "  Hurm.. Murid akan hilang semangat untuk menguasai mata pelajaran kerana Guru / cikgu yang mengajar gagal untuk melaksankan tugas dengan baik. Walaupun tak semua manusia sempurna, meraka adalah pengerak hala tuju masa depan Negara dan anak-anak kita.

Walaupun begitu, anak murid yang belajar juga memberikan peranan yang utama supaya CIKGU dapat melaksankan tugas sebagai Pendidik dengan baik. Untuk adik-adik yang belajar, pesan abang " HIDUP TIDAK BOLEH ADA BANYAK ALASAN UNTUK BELAJAR".. ok... ingat tu..

note: mungkin ada sambungan untuk entri ini...
This entry was posted in

3 ulasan:

  1. betul tu.. cikgu sekarang dilihat lebih memikirkan ganjaran (gaji) dari ketelusan mengajar.. maaf la kpd cikgu2 yg mbaca komen ni.. bukan semua cikgu tapi kebanyakan dari golongan cikgu2 sekarang..

    BalasPadam
  2. betul tu.. cikgu sekarang dilihat lebih memikirkan ganjaran (gaji) dari ketelusan mengajar.. maaf la kpd cikgu2 yg mbaca komen ni.. bukan semua cikgu tapi kebanyakan dari golongan cikgu2 sekarang..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...