Ahad, 7 Ogos 2011

Kisah Mayat Bayi | SHAHAZRIN.COM


Salam Ramadhan buat semua. Setakat nie belum ada lagi keriuhan letupan mercun di kawasan tempat tinggal aku. Alhamdulillah anak aku masih nyenyak tidur.  Tempat korang macam mana???. Tapi malam ni aku bukan nak cerita pasal mercun. Aku  nak cerita satu kisah benar iaitu tentang pengalaman aku bekerja sebagai operator  telefon Di Ibu Pejabat Polis.Kisah ini terjadi pada tahun 2010.

Kisahnya bermula begini, sehari yang lepas gempar kisah orang awam terjumpa mayat bayi dalam keadaan berbau di sebatang sungai di kawasan ini. Memang menyedihkan. Kerana mayat yang hampir reput itu dijumpai. Maklumat untuk mendapatkan haiwan bertopengkan manusia yang membuang bayi tersebut menemui jalan sukar. Maklumat dari pada orang awam sangat di kehendaki.

Malam aku bekerja, aku terima satu panggilan telefon dari pemberi maklumat yang memperkenalkan diri sebagai “Ibrahim” .  Dalam keadaan agak takut Ibrahim cuba bercakap mengenai  kes pembuangan bayi tersebut. Selepas aku cuba menenangkan Ibrahim dia memulakan ceritanya.

Pada malam kejadian Ibrahim lalu di kawasan tepi sungai. Ibrahim ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan cuba menyembunyikan sesuatu dari dalam bonet kenderaan Mitshubisi Evo 10. Kerana curigakan sesuatu Ibrahim sempat melihat No pendaftaran Kenderaan tersebut.  Sebagai seorang rakyat yang prihatin, Ibrahim telah menyalurkan maklumat kepada pihak polis.  Setelah selesai aku  mengambil detail peribadi dan no telefon Ibrahim untuk di hubungi jika pihak polis perlu bantuan selanjutnya
.
Maklumat yang aku terima, aku cuba salurkan pada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes.  Di atas maklumat yang diberikan siasatan dimulakan dengan mengesan no pendaftaran kenderaan Evo 10 tersebut…

Bersambung…. 

Sambungan Cerita seterusnya ..next entri…

note: gambar hiasan carian google
 

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...