Khamis, 26 Julai 2012

Feedback pasal hadis palsu.

Feedback yang aku dapat dari entri http://nirzashah.blogspot.com/2012/07/fadhilat-ramadhan-dan-hadis-palsu.html


Astaghfirullah al-Adhim.. terlalu mudah benar ustaz-ustaz sekarang melabelkan sesuatu hadis itu sebagai hadis palsu dengan hanya bersandarkan hujah daripada tesis Ph.D, ulama-ulama zaman moden ini yang hanya belajar di Jabatan Hadis, tetapi tidak pernah mempelajari daripada para ulama Muhaddisin yang muktabar. Dengan hanya berbekalkan ijazah dalam bidang hadis, ataupun bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Hadis, seseorang itu masih belum layak lagi untuk mengatakan sesuatu hadis itu palsu atau tidak. Sebenarnya fadhilat Ramadhan ini telah disebut dalam banyak kitab-kitab yang muktabar baik dari kalangan ulama melayu dan ulama silam seperti Imam Al-Ghazali dan lain-lain. Saya agak terkejut bagaimana ustaz dari Jabatan Hadith KUIS ini begitu mudah sekali mengeluarkan “fatwa” mengatakan hadis ini palsu? Ketahuilah sidang pelayar sekalian, bahawa memang wujud hadis palsu tentang fadhilat Ramadhan ini.. namun kepalsuannya adalah dari sudut perawi dan rantaiannya. Dari segi matannya masih sahih kerana disokong oleh hadis-hadis lain. Sidang pelayar sekalian, janganlah kita mengatakan sesuatu hadis itu palsu hanya kerana mendengar orang lain atau ustaz dari Jabatan Hadis mengatakan ia palsu, jika kita berbuat demikian sesungguhnya kita sudah zalim dengan agama Allah s.w.t. Ketahuilah bahawa dalam bidang ilmu hadis ini ada dua mazhab yang berselisihan, ada ulama yang mengatakan bahawa sesuatu hadis itu palsu, dan ada pula yang mengatakan bahawa hadis yang sama itu sebenarnya sahih. Ini dapat dilihat dalam banyak pertikaian antara ulama Feqah , seperti Ibnu Taimiah r.h. dan penyokong-penyokongnya dengan barisan ulama hadis dan tafsir yang diwakili oeh Imam As-Sayuti r.h. Antara isu hadis yang dibahaskan ialah hadis seperti “Barang siapa yang mengenal dirinya, maka kenallah tuhannya”. Ibnu Taimiyah r.h. menganggap bahawa hadis itu ialah hadis palsu dan bathil. Dalam satu pihak yang lain, ulama hadis dan tafsir seperti Imam As-Sayuti r.h. pula mengatakan bahawa hadis itu sah! (Sila rujuk tulisan Tuan Guru Hj. Wan Saghir dalam kebanyakan kitabnya). Oleh itu, sidang pelayar sekalian.. janganlah disebabkan hanya Ustaz Mohd Hafidz Soroni, Dr. Ahmad Lutfi Abdullah dan mereka yang seangkatan dengan mereka mengatakan bahawa hadis itu palsu, kita semua menghukum hadis itu palsu. Perbuatan ini.. zalim namanya bahkan dari sudut keilmuan, lemah sekali hujahannya. Saya nasihatkan kepada siaing pelayar semua supaya timbalah ilmu agama di madrasah, di pondok-pondok dan sekolah agama. Janganlah kita menimba ilmu di internet kerana ilmu di internet itu tidak lengkap. Ini bagi mengelakkan kita daripada mengeluarkan sesuatu hukum yang salah. Berbalik kepada hadis yang dianggap palsu di atas, saya juga menyeru kepada semua pelayar supaya rajin-rajinlah ke masjid dan bertarawih, kerana janji-janji Allah s.w.t itu benar, sesungguhnya semua fadhilat Ramadhan (yang tersebut dalam hadis “palsu” di atas) mungkin dianggap terlalu besar pada mata dan kiraan kita, tetapi sebenarnya fadhilat itu terlalu kecil di sisi Allah s.w.t. Rebutlah pahala bertarawih dari malam pertama sehingga akhirnya.. Salam Ramadhan daripada, Tablighster




aku masih mencari kepastian tentang masalah ini...

1 ulasan:

  1. Sebaik-baiknya bila berbicara tentang agama ini ..baik cari orang benar2 berilmu dan disahkan oleh organisasi yang disahkan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...