Memaparkan catatan dengan label CTBTO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CTBTO. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

MH370: Tidak ada pesawat Malaysia dikesan radar - Tentera Maldives





KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Maldives (MNDF) memaklumkan radarnya tidak mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu yang didakwa dilihat oleh sebahagian penduduk di sebuah pulau terpencil di republik itu pada pagi hari yang sama.

Menurut MNDF, ia telah meningkatkan usaha memantau wilayah Maldives dengan lebih teliti susulan kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu tetapi tidak mengesan pesawat berkenaan. Pesawat penerbangan MH370 itu juga tidak dikesan oleh radar yang berada di lapangan terbang di Maldives.

"Berdasarkan pemantauan setakat ini, tidak ada radar tentera di negara ini yang mengesan pesawat yang hilang itu. Selain itu, data yang diteliti setakat ini daripada radar yang ditempatkan di lapangan-lapangan terbang di Maldives tidak menemui kesan pesawat MH370," kata angkatan tentera itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan dari Dhivehi.

Dalam pada itu, MNDF juga sedang membantu pasukan polis republik itu menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh media di Maldives serta usaha mencari pesawat MH370 yang sedang dijalankan oleh agensi antarabangsa.

Media di Maldivespada Selasa melaporkan penduduk di pulau Kudahuvadhoo mendakwa melihat sebuah "pesawat terbang rendah" pada pagi 8 Mac, hari pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Laman web berita Haveeru Online pada Selasa juga melaporkan penduduk pulau itu mendakwa mendengar bunyi bising yang kuat semasa pesawat itu melintasi pulau mereka.

Wartawan Haveeru, Ahmad Naif yang menulis laporan itu mendedahkan pihaknya mendapat maklumat berkenaan sejak 9 Mac lagi tetapi sangsi dengan kesahihan dakwaan tersebut.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 16:12 (MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-tidak-ada-pesawat-malaysia-dikesan-radar-tentera-maldives-32110?cp

MH370: Laporan CTBTO beri harapan baharu usaha mencari dan menyelamat



KUALA LUMPUR: Laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria memberi harapan baharu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Akhbar The Star melaporkan, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Setiausaha Kerja CTBTO, Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana penerbangan MH370 berada," katanya di laman web CTBTO.

Walaupun sistem itu disediakan untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya ke atas tanah atau di atas air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 13:52 (MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-laporan-ctbto-beri-harapan-baharu-usaha-mencari-dan-menyelamat-32101?cp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...