Memaparkan catatan dengan label KL-Beijing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KL-Beijing. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

MH370: Isyarat yang dikesan beri sedikit harapan - Ketua JACC


Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston (kiri) pada taklimat media. --AFP PHOTO / Greg WOOD
PERTH: Kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik dalam 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Houston berkata, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.

Katanya, dengan pekembangan tersebut, kapal HMS Echo sudah dikerah ke lokasi kapal China Haixun 01 untuk mengesahkan sama ada isyarat itu ada kaitan dengan MH370.

Pada Sabtu, agensi berita Xinhua melaporkankapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Namun penerbangan MH370 itu hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat dilancar di Laut China Selatan dengan membabitkan pelbagai negara sebelum diperluaskan ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas terdapat penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.


Berita mula diterbitkan pada: April 06, 2014 13:12 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-isyarat-yang-dikesan-beri-sedikit-harapan-ketua-jacc-33314?cp

Sabtu, 22 Mac 2014

MH370: BANTUAN PENTAGON DIPERLUKAN!!!


MH370: Malaysia mohon bantuan Amerika usaha mencari di dasar laut

WASHINGTON: Malaysia pada Jumaat meminta Amerika Syarikat menyediakan teknologi pengawasan dasar laut untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat yang hilang, kata para pegawai Pentagon.

AFP melaporkan permintaan itu dibuat setelah dua minggu misi SAR gagal menemui sebarang petunjuk dari Boeing 777 yang hilang dari radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac.

Dalam satu panggilan telefon kepada ketua Pentagon Chuck Hagel , Menteri Pertahanan Malaysia yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein "meminta agar Amerika Syarikat mempertimbangkan menyediakan beberapa peralatan pengawasan dasar laut," kata jurucakap Pentagon Laksamana John Kirby.

Hagel meyakinkan rakan sejawatnya bahawa dia akan "menilai kemampuan dan utiliti teknologi dasar laut tentera untuk tugas seperti itu dan akan memaklumkan dalam masa terdekat ," kata Kirby dalam satu kenyataan.

Pegawai itu tidak menyatakan dengan tepat jenis peralatan yang mungkin disediakan Pentagon tetapi tentera Amerika telah melabur dalam teknologi robotik yang direka untuk pengawasan laut terhadap kapal selam atau torpedo.

Hishammuddin merakamkan penghargaan kepada Hagel atas bantuan Tentera Laut Amerika Syarikat dalam misi SAR ke atas Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangannya ke Beijing awal pagi 8 Mac.

Dua Pesawat Pengawasan Maritim Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat P-3 Orion dan P-8 Poseidon, telah mengambil bahagian dalam misi tersebut.

P-8 Poseidon bersama pesawat Australia telah terbang ke selatan Lautan Hindi, manakala P-3 Orion ke kawasan Teluk Bengal untuk misi di zon selatan, kata pegawai tersebut.

Usaha carian di hari Jumaat di kawasan terpencil di Lautan Hindi membuat kesimpulan "tanpa apa-apa penemuan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia ( AMSA ) dalam satu kenyataan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 22, 2014 12:47 (MYT)

MH370: Komunikasi 54 minit terakhir didedahkan




KUALA LUMPUR: Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36. 

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.

Transkrip perbualan juruterbang

Transkrip perbualan juruterbang

Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian, seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS telah ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq. 

Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh.

"Jika saya mahu merampas pesawat tersebut, ia akan menjadipointdi mana saya akan melakukannya," kata Stephen Buzdygan, bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s.

"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin tidak telah dapat dilihat dari bawah," katanya.

Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah spekulasi mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau dirampas. Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang terlibat, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.

Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi, kenaikan dan ketinggian.

Walaupun dia telah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa kapal terbang akan hilang.

Sesetengah pakar berkata mereka tidak melihat apa-apa yang boleh membuatkan mereka merasa ada perbuatan jahat munkin telah berlaku.

The Telegraph mendakwa mereka telah berulang kali meminta pihak MAS, Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan rekod komunikasi ini namun hanya pejabat Perdana Menteri memberi jawapan bahawa data itu tidak akan didedahkan.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac dalam penerbangannya ke Beijing.

Namun pesawat itu dilaporkan hilang dari radar awal pagi 8 Mac dan masih hilang hingga ke hari ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 22, 2014 09:21 (MYT)

Khamis, 20 Mac 2014

MH370: Objek sepanjang 24 meter MUNGKIN sayap pesawat Boeing dan terbaru objek 5 meter ditemui... | ????????????????????

MH370: Object detected in ocean



KUALA LUMPUR: Objek sepanjang 24 meter yang dikesan satelit di kawasan selatan Lautan Hindi berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER, kata penganalisis.

Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Shamsuri Ahmad Mokhtar berkata jika spesifikasi 24 meter yang dikesan satelit ia berkemungkinan dari badan atau sayap pesawat.

Namun, katanya yang paling munasabah dengan saiz atau panjang itu ialah sayap Boeing 777.

"Difahamkan saizdebrisyang dikesan ialah sepanjang 24 meter, kalau spesifikasi itu ia mungkin datang dari badan atau sayap Boeing 777.

"Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Panjang sebelah sayap pesawat Boeing 777-200ER ialah 29.3 meter.

Dr Shamsuri juga berkata, jika debris bersaiz atau panjang 24 meter ditemui ia menandakan pesawat itu melakukansoft landing.

"Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika seripihannya 24 meter, ia memberi petanda berlakusoft landingsebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai," katanya.

Hari ini, Perdana Menteri AustraliaTony Abbotmemaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-objek-sepanjang-24-meter-mungkin-sayap-pesawat-boeing-32174?cp

terbaru : OBJEK LAIN DI TEMUI @ DI KESAN SETELIT. Lebih kurang 5 Meter...

The second object spotted via satellite ... which is 5m long.


Rabu, 19 Mac 2014

MH370: Tidak ada pesawat Malaysia dikesan radar - Tentera Maldives





KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Maldives (MNDF) memaklumkan radarnya tidak mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu yang didakwa dilihat oleh sebahagian penduduk di sebuah pulau terpencil di republik itu pada pagi hari yang sama.

Menurut MNDF, ia telah meningkatkan usaha memantau wilayah Maldives dengan lebih teliti susulan kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu tetapi tidak mengesan pesawat berkenaan. Pesawat penerbangan MH370 itu juga tidak dikesan oleh radar yang berada di lapangan terbang di Maldives.

"Berdasarkan pemantauan setakat ini, tidak ada radar tentera di negara ini yang mengesan pesawat yang hilang itu. Selain itu, data yang diteliti setakat ini daripada radar yang ditempatkan di lapangan-lapangan terbang di Maldives tidak menemui kesan pesawat MH370," kata angkatan tentera itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan dari Dhivehi.

Dalam pada itu, MNDF juga sedang membantu pasukan polis republik itu menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh media di Maldives serta usaha mencari pesawat MH370 yang sedang dijalankan oleh agensi antarabangsa.

Media di Maldivespada Selasa melaporkan penduduk di pulau Kudahuvadhoo mendakwa melihat sebuah "pesawat terbang rendah" pada pagi 8 Mac, hari pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Laman web berita Haveeru Online pada Selasa juga melaporkan penduduk pulau itu mendakwa mendengar bunyi bising yang kuat semasa pesawat itu melintasi pulau mereka.

Wartawan Haveeru, Ahmad Naif yang menulis laporan itu mendedahkan pihaknya mendapat maklumat berkenaan sejak 9 Mac lagi tetapi sangsi dengan kesahihan dakwaan tersebut.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 16:12 (MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-tidak-ada-pesawat-malaysia-dikesan-radar-tentera-maldives-32110?cp

MH370: Laporan CTBTO beri harapan baharu usaha mencari dan menyelamat



KUALA LUMPUR: Laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria memberi harapan baharu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Akhbar The Star melaporkan, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Setiausaha Kerja CTBTO, Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana penerbangan MH370 berada," katanya di laman web CTBTO.

Walaupun sistem itu disediakan untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya ke atas tanah atau di atas air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 13:52 (MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-laporan-ctbto-beri-harapan-baharu-usaha-mencari-dan-menyelamat-32101?cp

Selasa, 18 Mac 2014

MH370: Hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie akan didedahkan - Hishammuddin

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pendedahan hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Hishammuddin berkata pendedahan mengenai hasil siasatan berhubung simulator yang diambil di rumah juruterbang pesawat MH370 itu akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Pihak Ketua Polis Negara akan membuat pendedahan mengenai simulator yang kini masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat PDRM mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Berita Harian dalam laporannya hari ini mendedahkan landasan lapangan terbang Diego Garcia milik Amerika Syarikat antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata,penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

Selain landasan lapangan terbang Diego Garcia, siasatan itu juga menemui landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 18, 2014 18:26 (MYT)
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-hasil-siasatan-simulator-milik-kapten-zaharie-akan-didedahkan-hishammuddin-32056?cp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...