Memaparkan catatan dengan label BERITA HARIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA HARIAN. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2011

Maut Kerana Flying Fox | SHAHAZRIN.COM

Salam semua dan selamat pagi. Aktiviti yang membawa bencana ini berlaku dalam kawasan sekolah. Hurmm.. kawasan selamat, kesilapan manusia mungkin antara penyebab berlakunya kemalangan jiwa ini. Tapi yang pasti ajal itu Kuasa Tuhan..


Foto
PHORN Thi Pha meratapi kematian anaknya selepas dihentam takal besi (gambar kecil) ketika mengadakan latihan flying fox.

Foto

TAIPING: Kegembiraan seorang pelajar Tingkatan Dua mengetuai sekumpulan pengakap di sekolahnya mengadakan latihan flying fox berakhir tragedi apabila dia maut dihentam takal besi pada tali yang sedang dipasang, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Goh Swee Khin, (kiri) 14, pelajar lelaki yang aktif dengan aktiviti kokurikulum, ketika itu bersama kira-kira 40 rakannya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Hua Lian, di sini, menyertai program perkhemahan pengakap.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Md Diah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa mengetuai rakannya membuat persediaan latihan flying fox dengan diawasi seorang guru.
“Ketika kumpulan pelajar itu meregangkan tali, tiba-tiba tali itu putus menyebabkan takal besi menghentam kepala mangsa menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian.

“Petugas hospital yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian mengesahkan pelajar itu meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimaklumkan kejadian malang itu mengarahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menziarahi keluarga mangsa, kira-kira jam 6.30 petang. 
Kementerian Pelajaran turut menubuhkan jawatankuasa penyiasat diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ka Siong yang ditemui ketika melawat keluarga mangsa di sini, berkata Perdana Menteri terkilan dengan kejadian itu.

Katanya, jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti punca kejadian dan kelemahan berhubung aktiviti yang dijalankan itu.

Katanya, kementerian juga mengarahkan SMJKC Hua Lian menghentikan semua aktiviti sekolah selama dua minggu kerana kejadian itu menyebabkan trauma kepada pelajar sekolah yang perlu diberi kaunseling.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi RM2,000 kepada keluarga mangsa manakala Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut melawat keluarga mangsa sebelum itu menyerahkan sumbangan RM5,000 bagi pihak kerajaan Perak.

Sementara itu, ibu mangsa, Phorn Thi Pha, 38, yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Ka Siong dan kerajaan negeri berkata anak sulungnya itu bersemangat menjalankan kegiatan itu tetapi tidak menyangka ia berakhir tragedi. 


sumber: BERITA HARIAN

Ahad, 19 Disember 2010

seks songsang

JAKIM pantau seks songsang
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2010/12/19

PENGAMAL  seks songsang yang mempromosikan  gaya hidup yang  secara terbuka di alam siber.
PENGAMAL seks songsang yang mempromosikan gaya hidup yang secara terbuka di alam siber.
Kumpulan gay makin berani promosi gaya hidup secara terbuka

ALOR SETAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.
Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh.


"Kita mahu kegiatan itu dipantau rapi oleh pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya diambil bagi membendung ia daripada berleluasa kerana ia boleh menjejaskan imej agama Islam," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Antarabangsa HR Marketing dan Jom Cegah Dadah di sini, semalam.

HR Marketing adalah syarikat jualan langsung terbesar milik Bumiputera di utara Semenanjung dan mengeluarkan pelbagai produk pengguna serta kosmetik berasaskan susu kambing. 

Jamil Khir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang lelaki yang mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 membuat pendedahan berani melalui blognya bahawa dia seorang gay.

Lelaki terbabit yang memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain. 
Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan.

Pengakuan lelaki itu turut boleh dilawati melalui pautan laman sesawang ‘ohbulan' yang turut menyebut jurutera itu terpilih sebagai seorang daripada peserta kem-pen Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan pergerakan It's Get Better Project.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan itu yang melanggar norma manusia dan ajaran Islam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan juga sedang memantau kegiatan pihak tertentu yang mempromosikan fahaman pluralisme dalam agama kerana ia boleh menjejaskan akidah seseorang.



Sabtu, 18 Disember 2010

Ajaran tak pernah diiktiraf di Malaysia

Ajaran tak pernah diiktiraf di Malaysia


2010/12/18

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak keliru dengan ajaran Syiah yang cuba dibawa dan dihidupkan di negara ini kerana kerajaan hanya mengiktiraf ajaran Islam yang berasaskan kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan. 

Tokoh agama yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz, berkata Syiah tidak pernah diiktiraf di Malaysia kerana banyak ajarannya bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah malah yang lebih membimbangkan ada dari kalangan mazhab Syiah yang memang terkeluar dari ajaran Islam.
“Itulah sebabnya ajaran Syiah tidak diiktiraf kerana ia memberikan implikasi yang besar terhadap pemahaman akidah umat Islam kerana ajarannya yang tidak selari dengan ajaran dibawa Rasulullah SAW.


“Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kira-kira 200 pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan 23 penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak. 

Hassan berkata, banyak ajaran Syiah yang terang-terangan menyimpang dan bertentangan dengan ajaran Islam termasuk memukul badan dengan menggunakan rantai pada 10 Muharam sebagai tanda menyucikan dosa, menziarahi kubur Saidina Hussein (cucu Rasulullah) sebagai ganjaran ke syurga serta menghina isteri Nabi Muhammad SAW. 

MALAYSIA MARA KE FINAL PIALA SUZUKI 2010



MALAYSIA MENANG AGREGAT 2-0

TAHNIAH..!!!!!!



Piala Suzuki: Malaysia mara ke final


2010/12/18

KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun apabila mengatasi Vietnam dengan agregat 2-0 pada saingan separuh akhir sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi.
Malaysia menewaskan juara bertahan itu 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.



BERITA HARIAN



Jumaat, 10 Disember 2010

TEROWONG SMART DITUTUP

Lebuhraya SMART ditutup 7 jam mulai Ahad


2010/12/10

KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART akan ditutup kepada semua kenderaan mulai 11 malam Ahad ini hingga 6 pagi Isnin kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu. 

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART), dalam kenyataan di sini hari ini, menyatakan pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188 untuk pertanyaan berhubung penutupan itu. - BERNAMA

Khamis, 11 November 2010

Berita Kematian Penyanyi Utama Fotograf

Shamrin Fotograf meninggal dunia

11/11/2010 7:10pm


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.
Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan

Penyanyi utama kumpulan Fotograf meninggal dunia


2010/11/11

KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad, 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak dalam satu perlawanan persahabatan di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.
-Berta harian


UPSR: 48,327 dapat semua A


2010/11/11

PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ahafar Mahmood berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2010 di sini, sebentar tadi. 

Seramai 486,321 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Rabu, 10 November 2010

Lorong LPT ditutup berperingkat untuk kerja penyelenggaraan


KUALA LUMPUR: Lorong Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) akan ditutup secara berperingkat mulai Sabtu ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan berkala dilaksanakan, kata MTD Prime Sdn Bhd. Pemegang konsesi lebuhraya itu berkata penyelenggaraan berkala itu akan dijalankan di antara kilometer 80 dan 129 lebuhraya berkenaan.Laluan kontra akan disediakan untuk pengguna, kata syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.Penyelenggaraan yang melibatkan kedua-dua hala lebuh raya itu dijangka siap akhir November ini. Sehubungan itu, penggguna dinasihat memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan itu, dan mematuhi had laju serta arahan papan tanda di sepanjang kawasan terbabit. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Primeline di 09-5479111. - BERNAMA

gambar di berita harian.


ANGGOTA pasukan khas tentera Indonesia mengangkat mayat mangsa letusan Gunung Merapi di perkampungan Ngepringan di Sleman, Jawa Tengah, hari ini. Angka korban daripada siri letupan Gunung Merapi sejak dua minggu lalu mencecah 141 mangsa semalam ketika lebih banyak mayat dikeluarkan dari timbunan abu yang membakar perkampungan itu Jumaat lalu. - Foto AFP/Sonny TumbelakaNov 9, 2010 5:33 pm


PEGAWAI polis dan pekerja memeriksa gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang tergelincir berhampiran di Stesen Bukit Timah, Singapura, awal pagi tadi. Tren Ekspress Rakyat ke Butterworth itu membawa 60 penumpang ketika ia tergelincir tidak jauh dari stesen berkenaan. Bagaimanapun, tiada penumpang dilaporkan cedera. - Foto ReutersNov 9, 2010 6:53 pm


JAMBATAN di Bandaraya Guangzhou, China, bermandikan cahaya ketika raptai gimik pelancaran Sukan Asia ke-16, hari ini. - Foto Mohd Yusni AriffinNov 9, 2010 5:30 pm

Jumaat, 5 November 2010

PM masuk Hospital

PM dimasukkan ke HKL untuk pemeriksaan lanjut


2010/11/05

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa 
endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis 
ringan. 

"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr 
Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa 
hari lagi. -- BERNAMA 

Lagi kemalangan melibatkan Bas

Lelaki lemas, 2 wanita parah nahas bas ekspres


2010/11/04

PEKAN: Seorang lelaki terbunuh manakala dua wanita cedera parah apabila bas ekspres Transnasional  yang membawa 33 penumpang dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik lalu memasuki sungai di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi dekat sini malam ini. 

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Ismail Nakayudin Hamdan, 25, dari Taman Cenderawasih, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata mangsa terperangkap di dalam bas berkenaan yang separuh tenggelam.
Beliau berkata, penumpang lain berjaya menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan bas terbabit.

Ahad, 31 Oktober 2010

Kemalangan Genting Sempah 2

Pemandu bas tiada lesen memandu

2010/10/31: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Tragedi yang meragut nyawa tujuh remaja manakala 17 lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah, Lebuh raya Karak, malam kelmarin membongkar rahsia pemandu bas berusia 40 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata pemandu bas yang patah kaki serta cedera di muka itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini ditahan untuk siasatan lanjut
“Semalam ketika diambil keterangan, pemandu pertama bas itu mengaku mempunyai lesen memandu tetapi apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan, didapati dia tidak mempunyai lesen,” katanya ketika dihubungi semalam. Che Husin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


“Polis percaya wujud unsur kecuaian pemandu bas yang memandu laju dan menyiasat sama ada wujud rekod kesalahan lampau.

“Kita juga akan memeriksa kotak hitam bas untuk mengetahui punca kemalangan sebenar selain akan merakamkan percakapan kedua-dua pemandu dan penumpang bas berkenaan,” katanya.

Dalam kemalangan itu, bas rombongan yang dinaiki 44 ahli Belia 4B Kampung Baru Siong, Baling, dilaporkan hilang kawalan ketika menuruni Genting Highlands.

Sebelum itu, pemandu kedua, Abdul Ghani Ahmad, 56, memandu ketika menaiki pusat peranginan berkenaan dan bertukar giliran apabila bertolak ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata pihaknya menunggu laporan penuh siasatan kes kemalangan itu sebelum mengambil tindakan terhadap pemilik bas, Syarikat Taipan Suria Sdn Bhd.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Gambar Kemalangan Genting Sempah

Berikut antara gambar-gambar yang di Himpunkan dari beberapa Media Elektronik


MALANG...bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands.
MALANG...bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands. - hmetro 

MALANG...anggota bomba mengangkat seorang mangsa yang terbunuh.
MALANG...anggota bomba mengangkat seorang mangsa yang terbunuh. - metro

TRAGEDI MAUT bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah di Pahang, kira-kira 7.50 malam tadi. Seramai tujuh maut manakala 21 lagi penumpang cedera. – BERNAMA
KEADAAN bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands, malam tadi.
- utusan
Utusan


Takziah pada keluarga mangsa yang tekorban, Al-Fatihah....
 


Jumaat, 29 Oktober 2010

Lagi Bas Kemalangan 6 Maut


6 maut bas jatuh gaung dekat Genting Sempah


2010/10/29

KUALA LUMPUR: Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi.

Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera.


Bas berkenaan membawa 44 penumpang ketika nahas itu.


tunggu berita selanjutnya.....

Rabu, 20 Oktober 2010

Isnin, 11 Oktober 2010

Mangsa terkulai di tingkap van



Foto
KEADAAN bas yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan maut di KM 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pedas, malam tadi


Foto
ANGGOTA bomba membersih serpihan kenderaan bertaburan atas jalan.











Saksi nampak bas ekspres seperti terbang merempuh kenderaan lain berita harian

ALOR GAJAH: “Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.


“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur. 
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala. 

Senarai Mangsa Tragedi Oktober.

PILU: Talib bersama isteri dan anak-anak tidak dapat menahan kesedihan selepas mengecam mayat anaknya, Muhammad Farizuddin Talib, 19, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi kemalangan maut bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) menenangkan keluarga mangsa ketika meluangkan masa melawat di Hospital Melaka, hari ini. - Foto NSTP


Senarai mangsa terbunuh dalam nahas ngeri di Melaka


2010/10/11

MELAKA: Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam. 

Polis menyatakan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Mangsa ialah pemandu bas ekspres 
1. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; 

Penumpang bas ekspres 
2. Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; 
3. Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; 
4. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; 
5. Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan 
6. Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah 
7. Pau Khan Tual, 21; 
8. Kam Khaw Tual, 28; dan 
9. Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan). 

Pemandu van, 
10. Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat; 
11. Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan 
12. Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). 
- BERNAMA 

Kemalangan maut pada 10.10.10



10.10.10 mungkin memberi makna buat seseorang...
Tapi melihat pada berita yang diwar-warkan, mungkin memberi lebih bermakna kepada keluarga mangsa kemalangan melibatkan 2 buah bas di Lebuhraya PLUS

MAUT: Kemalangan membabitkan dua bas ekspres, satu van dan tiga kereta di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam tadi dipercayai meragut 11 nyawa. - Foto Jaafar Mulup  berita harian..


12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan

10/10/2010 10:53pm


SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.
Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.

takziah untuk keluarga mangsa..Al fatihah



Ahad, 10 Oktober 2010

Cerita Angkasawan Pertama Malaysia

Dr Sheikh Muszaphar selamat diijabkabulkan 

2010/10/10

PUTRAJAYA: Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 11.40 pagi tadi, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini. 

Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunus Mohd Ali dengan bersaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kencing Malam

LEBIH separuh kanak-kanak mengalami masalah enuresis, mempunyai ibu bapa yang juga mengalami masalah sama.


Info 
5 panduan atasi anak kencing malam
 




  • Jumpa doktor bagi menghentikan permasalahan ini jika anak anda berusia enam atau tujuh tahun. Ujian akan dijalankan bagi memastikan anak bebas daripada masalah jangkitan pundi kencing. 




  • Jangan hukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak upaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya. 




  • Hormati hak peribadinya - kanak-kanak malu kerana kencing malam dan tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya. 




  • Latih anak bangun malam untuk kencing. Amalan setiap malam akan mendidik akal dan tubuhnya untuk bangun membuang air kecil sebelum dia kencing di katil. 




  • Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan. 





  • lagi cerita kencing malam di sini
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...