Memaparkan catatan dengan label TEKNOLOGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEKNOLOGI. Papar semua catatan

Khamis, 14 Oktober 2010

NOKIA N8





N8 jadi produk terbaik Nokia

KUALA LUMPUR 13 Okt - Nokia meramalkan produk terbaharu telefon mudah alih pintar N8 bakal menjadi salah satu produk terbaik daripada segi jualan dan aplikasi yang ditawarkan.
Telefon mudah alih pintar yang menggabungkan teknologi kamera dan video berdefinisitinggi (HD), mampu memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa menginginkan kualiti video terbaik.
Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlaska Berka berkata, Nokia N8 menawarkan reka bentuk dan aplikasi tercanggih selain dijual dengan harga berpatutan berbanding telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.
"N8 akan dipasarkan kepada pengguna Sabtu depan, bakal menjadi antara produk terbaik keluaran Nokia dari aspek kualiti dan jualan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Nokia N8 di sini hari ini.
Nokia N8 dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss 12 megapiksel dan lensa terbesar yang biasanya digunakan untuk kamera digital atau kompak.
Melalui sistem operasi terbaharu Symbian 3 menjadikan Nokia N8 lebih pantas dalam aspek pengunaan aplikasi grafik dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).
Telefon mudah alih seberat 135 gram turut menyediakan aplikasi popular seperti laman sosial, GPS, web TV dan sambungan terus ke tv menggunakan teknologi HD.
Berka berkata, Nokia turut bekerjasama dengan Maxis bagi membangunkan aplikasi dan pakej yang lebih memenuhi kehendak serta sesuai dengan pengguna di negara ini.
"Kini pengguna boleh menonton rancangan seperti CNN, E! Entertaiment, TV3, 8TV dan beberapa rancangan tambahan lain di mana sahaja menerusi Nokia N8," ujarnya.
Pada masa yang sama, Nokia turut melancarkan tiga lagi model baharu iaitu Nokia C3, C7 dan X3 yang menawarkan reka bentuk yang lebih kecil dan menawan.
Nokia N8 dijual dengan harga RM1,690 manakala Nokia C3 (RM 520), C7 (RM1,490) dan X3 (RM610).

NOKIA C7
Nokia C3 Touch and Type mobile phone
NOKIA C3
CANGGIH TAK? NOKIA N8

Nokia X3 Touch and Type
NOKIA X3
YANG MANA SATU PILIHAN HATI....

Warna

  • Silver white
  • Dark grey
  • Orange
  • Blue
  • Green
video



SPESIFIKASINYA KAT SINI



Sabtu, 9 Oktober 2010

Ini Faktanya.. Bukan auta..

* Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.

* Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

* Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

* Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka) 

* Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.

* Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.

* Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet…

* Pastikan laptop`anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

* Papan Kunci : Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

* Skrin LCD : Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

Haa, itulah ilmu yang penting buat kita semua.. Anda ada ilmu lagi nak dikongsi cara menjaga laptop dengan baik??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...