Rabu, 11 Mei 2011

Niat terbantut....


Salam semua.. selamat petang... niat hati aku pada entri lepas ingat nak sambung belajar...


Tapi lepas buat semakan dengan JPA.. kursus yang di tawarkan tak di iktiraf JPA la... so memang tak da guna sangat dalam kenaikan pangkat atau anjakan tangga gaji......

kena la tunda dula hasrat murni untuk PJJ... akan datang tunggu UITM buka pada september untu PJJ.

Sabtu, 7 Mei 2011

Niat Hatiku..


Salam semua,  hepi blogging.. malam nie aku nak luahkan sedikit perasaan yang terpendam dihati. haha... bukan jiwang-jiwang punya story tau.  ok lah.. straight to the point.. aku ada terbaca dalam akhbar baru nie pasal satu iklan dan juga peluang untuk aku melanjutkan pelajaran.

Lepasan STPM yang resultnya tak berapa berjaya macam aku nie memang mengimpikan untuk mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran. Setelah memiliki kerja tetap dalam kerajaan sekarang ini, minat dan rindu aku untuk melanjutkan pelajaran tetap membara. Namun belum lagi diberikan kesempatan dalam enam tahun perkhidmatan ini. Kini walaupun belum selesa dengan kehidupan yang sememangnya tidak akan pernah selesa aku menanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran. Tapi aku masih belum diberi bayangan untuk memilih mana-mana Program yang ditawarkan.. jadi kalaulah kalian boleh membantu aku untuk memilih, amat berbesarlah hati aku..

Walaupun ianya hanya DIPLOMA... ianya akan memberi kesan pada tangga gaji aku sekiranya aku telah berjaya memilki segulung DIPLOMA. Aku pula akan dipaksa berkorban masa dan tenaga terutama untuk keluarga dan PINJAMAN peribadi mungkin... untuk membiayai yuran pengajian....



kalau korang la yang mana satu menjadi pilihan????







Degree?? nanti dululah..takut terkejut pulak terus lompat ke Degree.. satu-satu.. Insyaallah itu kalau aku betul2 dah bersedia dari segala segi terutama kewangan... aku akan mula jun ini.... Insyaallah

Rabu, 4 Mei 2011

SPRM patut dipuji | SHAHAZRIN.COM


Salam semua, saya kembali buat sementara menghiasai bloglist korang.. OK.. malas nak cerita pasal blog sangat.. sebab banyak sangat ilmu yang kita dapat kutip dalam alam maya nie.. apapun untuk blogger baru.. Selamat berblog yer.

Akhir-akhir ini kita di kejutkan dengan pendedahan yang di buat oleh SPRM tentang pelbagai operasi yang dijalankan untuk kebaikan Negara dan kita bersama. Kesungguhan pihak SPRM ini patut di puji. Operasi yang saya anggap sangat tegas ini memberi impak yang sangat besar dalam penugasan kakitangan awam atau swasta buat masa ini.

Ketegasan SPRM ini tanpa mengira status, pangkat dan dari sektor mana merupakan suatu perkembangan yang positif untuk kita semua. Akan tetapi, bagi pemerhatian saya. Selagi ada perkara yang rasanya merosakkan permandangan mata ialah tentang pelbagai masalah sosial dan juga keruntuhan akhlak, perjuangan yang SPRM tunjukkan ini masih belum selesai.

Paling ketara ialah pelacuran @ urut yang diurut dari hujung rambut sampai hujung kaki, judi internet, cetak rompak dan pelbagai kesalahan yang sepatutnya boleh dibentung dengan ketegasan undang-undang negara Malaysia masih berleluasa. Dan kesalahan yang sentiasa berterusan dan masih belum tiada penghujunya perlulah diberi hukuman yang paling tegas supaya Penguatkuasaan Undang-undang di Malaysia betul-betul berkesa dan terkesan pada masyarakat amnya.

Apapun syabas SPRM atas usaha yang dilakukan... dan teruskan usaha ikhlas anda demi mendidik bangsa supaya menjadi lebih berguna dimasa kan datang.


note: Artikel ini hanyalah suara peribadi penulis blog.. Nasihat dari anda sangat dihargai.
This entry was posted in

`chedet' diserang malware

KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware.

Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April.
Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware, katanya kepada Bernama hari ini.

Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer. Sufi berkata, setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware.

Katanya jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain.

--->>>> blog korang mcm mana???
This entry was posted in

Tanda-tanda kematian dalam husnul khatimah


KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.


Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.

Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.
Sedar atau tidak, sesung�guhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)

Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.
Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.
This entry was posted in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...