Selasa, 11 September 2012

WIFE AKU SUPERWOMAN

 

Malam nie aku rasa macam nak buat satu catatan jiwang la pulak, erm.. catatan ini aku nak tujukan khas untuk pasangan istimewa aku iaitu wife aku, aku harap wife aku akan baca nanti..
Tak dapat aku nak luahkan dengan kata-kata yang indah untuk aku gambarkan perasaan aku pada wife aku. sesungguhnya aku sangat cinta dan sayang pada wife aku, Saat aku mula mengenalinya dulu aku jatuh cinta... dan hati aku kuat beritahu.. "Wanita itu ialah Pasangan yang di cipta untuk aku.."

Tapi apa yang nak aku gambarkan ialah Cinta aku, betapa aku Cinta Dan sayang pada wife aku..  sekarang kami di kurniakan 3 Anugerah yang sangat tidak ternilai, ini membuatkan aku bangga dengan keupayaan wife aku yang bersungguh-sungguh memelihara 3 permata ini dari dalam perut sehingga di lahirkan... Sesungguhnya sedikit pun cinta dan sayang aku takkan hilang. 
Pahit dan getir yang kami lalui bersama akan aku kenang sampai bila-bila.. Susah dan senang wife aku tetap bersama... tetap tinggal dan sayangi aku macam mana aku sayang dia.. erm... 

Ada yang beri nasihat pada aku supaya jangan takbur dengan kebahagian ini, kalau Allah nak uji...... aku terima nasihat ini... tapi aku tetap berbangga... Aku akan sentiasa mencintai dan sayang wife aku sampai bila-bila.. Aku sentiasa berdoa pada tuhan akan perasaan sayang aku ini akan kekal sampai bila-bila dan begitu sebaliknya...

Wife aku sekarang sibuk dengan rutin harian untuk menguruskan anak-anak dan rumah.. Kalaulah wife aku takda, erm.. tak tahu nak buat macam mana.. aku dah cuba mengambil alih tugasan harian wife semasa dia dalam hospital untuk melahirkan anak yang ketiga, fuhh... punya lah penatnya sampai aku tertidur bila tengok berita jam 8.. memang memenatkan..sampai aku berfikir, aku sanggup bekerja 48 hrs direct... tapi nak jadi macam wife aku.. huhu.. memang tak sanggup, memang wife aku ialah SUPERWOMAN... Aku sangat kagumi dan hargai... Love u sayang.. 

note : Kalau nak luahkan panjang lagi nie..



This entry was posted in

3 ulasan:

  1. Susah nak mencari suami yang meluahkan sayang pada isteri di public. Saya kagum. Tahniah dan semoga kebahagiaan milik anda sekeluarga selamanya. Amin.

    BalasPadam
  2. Wah.... bestnya.....cam tu....apapun sayangi dan cintailah ia selagi ia masih ada....

    BalasPadam
  3. memang tugas surirumah ni x pnh abis, nk mbahagikan masa untuk anak2, suami, di dapur lagi.. so, kalau isteri x smpat nak berhias diri tu kena fhm2la ye :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...