Mendengar berita yang tersebar aku bergegas ke rumah orang tua tersebut, terkejut aku melihat ramai betul orang yang datang bertandang. Kemudian mata aku tertumpu pada sekumpulan orang ramai yang sedang berhimpun di sebuah pondok gazebo di halaman rumah. Mendengar dari apa yang dibisikkan oleh orang di sekeliling aku, anak kepada orang tua tersebut telah diamanahkan untuk membawa ayahnya baring di situ sekiranya dia nazak sehingga ia menghembuskan nafas terakhir.... Pelik kan????
hiasan |
Aku yang melawat cuba mencelah dikeliling orang ramai untuk melihat sendiri berita yang aku terima sebentar tadi.. Apabila aku sampai dihadapan orang tua tersebut aku tergamam dan pandangan mata aku tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring nazak dan dibaluti kain batik lepas... dadanya turun naik seperti sesak nafas seakan gelora ombak yang membadai... matanya sesekali terbeliak dan tidak tentu arah pandangannya.
Gambar ini Hanya Hiasan |
Kemudian aku terpandang sesuatu benda asing yang berada di bahu kanan dan bahu kiri lelaki tersebut.. Beristighfar panjang aku, inilah kali pertama aku melihat objek yang hodoh dan buruk rupanya seakan-akan gambaran hantu dalam filem dan drama seram yan aku tonton. Makhluk tersebut sedang menekan-nekan bahu lelaki tersebut seolah-olah menahan lelaki itu dari bangun...
Kemudian aku rasa terpanggil untuk membaca beberapa potong ayat AL QURAN yang aku tahu... Apabila aku mula membaca "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam" dan secara tiba tiba kedua mahkluk itu memandang aku dengan muka yang bengis seolah-olah ia tahu niat hati aku.. " YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN"... dan mula membaca beberapa potong ayat bermula dengan Ayatul kursi... " DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG "
Add caption |
Selepas rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu aku teringat tentang lelaki tua ini. Lelaki tua ini baru berpindah di rumah besar diatas bukit bersama keluaganya. Walaupun baru berpindah lelaki tua yang di kenali sebagai Pak Agus ini mudah mesra dengan masyarakat sekeliling, Jadi tak hairan la kenapa ramai orang yang datang melawat Pak Agus
Kemudian, seorang yang aku fikir waris pada Pak Agus menghampiri aku dan membisikkan sesuatu. Lelaki itu memohon aku untuk membantu apa yang patut. Aku yang gelisah dan serba salah mengangguk tanda setuju. Aku terus bisikkan pada lelaki itu untuk membawa Pak Agus kedalam untuk mengelakkan dari megaibkan Pak Agus dan keluarganya..
Aku merasa sesuatu yang dahsyat akan berlaku.. aku bimbang... aku risau... aku cuba memikirkan sesuatu dan memandang orang di sekeliling aku yang ada antara mereka sedang berbisik dan memandang kearah aku.. Kemudian mata aku tertumpu kepada seorang wanita separuh umur yang aku kenali... Tok Cik... guru mengaji aku.. Aku teus mendapatkan Tok Cik dan membisikan apa yang terjadi pada aku sebentar tadi... Tok Cik terkejut dan bersetuju untuk membantu aku. Sekali lagi aku keliru, kenapa aku seorang sahaja yang dapat melihat apa yang terjadi.
Setelah Pak Agus di bawa masuk ke dalam bilik, aku dan Tok Cik menyusul.... langkah demi langkah aku rasakan berat untuk diteruskan.
CERITA DALAM BILIK PAK AGUS
Seketika aku lihat Pak Agus Masih kelihatan seperti keluh kesah dengan dada yang masih terombak-ombak, tetapi aku tidak lagi melihat kelibat dua mahkluk yang aku lihat sebentar tadi. Aku sempat berpesan pada keluarga Pak Agus agar tiada yang melawat buat seketika.
bersambung.....
bersambung.....
0 Komen:
Catat Ulasan