Selasa, 21 Februari 2017

Khasiat buah tunjuk langit

sebagai penawar kencing manis

Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit antara­nya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga membantu individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.
Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.
Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.
Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Selain mengamalkan pengambilan buah ini, anda juga dinasihatkan mengawal diet harian dan tidak mengambil makanan atau minuman sesuka hati tanpa kawalan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 11:46 AM
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...