Khamis, 23 Februari 2017

Kemuka e-Filing mulai 1 Mac

Image result for e filing lhdn

Kuala Lumpur: Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), bagi tahun taksiran 2016 boleh dikemukakan melalui e-Filing bermula 1 Mac ini.
Ia merangkumi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dalam kenyataan semalam.
Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang itu menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi ‘Mobile Filing’ (m-Filing).
“e-Filing dan m-Filing adalah aplikasi percuma disediakan LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui Internet,” kata kenyataan itu.
Aplikasi itu boleh dicapai melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.
Tarikh akhir menghantar borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2016 bagi Borang E ialah 31 Mac 2017, BE (30 April) serta B dan P (30 Jun).
Bagi Borang BT, M, MT dan TF, tarikh akhir berbuat demikian ialah 30 April 2017 bagi yang tidak menjalankan perniagaan dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 8:13 AM
BERNAMA

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...