Teringat la zaman sekolah rendah masa cuti sekolah. Macam - macam program kita buatkan? Saya nak ceritakan pengalaman paling menarik yang tak mungkin dapat saya lupakan.
sumber google |
Berkhatan..... hehehe.. Bila habis sesi persekolahan tahun 5 sekitar hujung tahun 1994. Abah dah bagi tahu nanti nak buat keduri n nak sunatkan (berkhatan) abglong
Abah cakap nak pakai khidmat Tok Mudin hehehe.. macam mana lah agaknya nanti. So nak dijadikan cerita selepas kenduri masa yang di tunggu hampir tiba. Abah cakap dalam pukul 0930pagi tok mudin sampai... Pukul 0830 pagi kami yang nak bersunat nie berkumpul dan kami diarahkan untuk berendam
0930 pagi... Tunggu Tok Mudin
1030 pagi - Tok Mudin tak sampai-sampai. Jantung dah berdegup dengan kencang nie.
1130 pagi - Jantung dah reda sebab tomudin tak sampai-sampai.. (tak jadi lanie)
Masa tu mana ada handphone... dengar citer tok mudin lambat sebab banyak sangat program berkhatan..
Dengan frust abah berusaha juga suruh anaknya berkhatan.. Dalam kelam kabut abah terjumpa kawannya MA yang uruskan berkhatan dirumah. Tapi MA tu cakap tak boleh ramai sangat sebab ubat bius hanya untuk dua orang.
Setelah keputusan dibuat, hanya dua orang yang di pilih, Shahazrin dan Saiful Nizam... Dupp dupp dupp dupp... Jantung kembali kencang.. Bila kene turn saya, saya dah mengelabah dalam ketenagan, kene tenang takut nanti kene gelak ngan kawan-kawan.
"baring" MA cakap. "tahan sikit" ... " adus...." Kene injection..
lepas tu sayatengok MA tu mula memotong..
Ada bunyi tu.. Krup..krup... putus la... hahaha.. pastu jahit..
niela perta kali saya dijahit sampai sekarang tak pernah kene jahit.. Alhamdulillah...
Selepas tu, selesai... then seminggu makan nasi ngan ikan bilis macam orang berpantang.. Yang bestnya dapat duit n hadiah jiran-jiran sedara mara bagi.. Terima Kasih..
hahahah best gilaa yang part dapat duet tu.. :D
BalasPadamteringat pakai sabut kelapa untuk buat tongkat supaya kain x kena anu.. haha
BalasPadam