Selasa, 30 November 2010

TEATER NATRAH

Sumber Istana Budaya

Tajuk:Natrah
   
Produksi:Istana Budaya
   
Kategori:Teater
   
Tempat:Panggung Sari, Istana Budaya
   
Tarikh:25 November - 5 Disember 2010
   
Masa:
8.30 malam
3.00 Petang (27, 28 November & 4, 5 Disember 2010)
   
Sinopsis:
  Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanyaSarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
   Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
   Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya..

   Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!
Pengarah:Eirma Fatima
Pelakon:
Maya Karin
Remy Ishak
Sofia Jane
Umie Aida
Susan Lancaster
Fizz Fairuz
Aaron Aziz
Mazin Amien Siraj
Iqbal Taufik
Liyana Jasmay
Nabila Huda
Ziela Jalil
Shukor Ibrahim
Tiket:RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150
Tempahan Tiket:Box Office
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur

Tel: 03-4026 5558
Tempahan/Pembelian Online:www.ticket2u.biz

Hotline: 03-41498600

Sumber : Istana Budaya
This entry was posted in

2 ulasan:

  1. huh.. tket smpi RM150? tp citer ni mcm best...

    BalasPadam
  2. teringin nak tgk tiket yg seat depan.. tp confirm mahal. tgk teater kt DBKL jer la.. murah jer teater semarak bangsawan tapi kepuasan di jamin walau takde muka2 mcm remy ishak atau maya karin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...