Sabtu, 18 Disember 2010

Hikayat Merong Mahawangsa


HMM Dipasarkan Di 60 Buah Negara Luar




Teks: zyzamani
Foto: Mazlan Yunos Photography


KUALA LUMPUR 17 DIS: Optimis mahu mengangkatkan filem terbitan tempatan ke luar negara, KRU Studios membuktikan segalanya bukanlah satu halangan. Buktinya filem terbitan terbaru mereka, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) bakal dipasarkan di 60 buah negara luar antaranya Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan Jerman.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, impian untuk menyaksikan filem terbitan mereka di serata dunia akhirnya terlaksana.

"Kami sangat gembira apabila 60 buah negara telah mendapatkan hak pengedaran filem ini. Secara tak langsung, ia membuktikan bahawa filem anak tempatan juga mampu menembusi pasaran antarabangsa secara meluas. Kami harap inisiatif kami ini akan memberi peransang kepada yang lain ," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan klip video Sedetik Lebih, baru-baru ini.

Norman menyambung perbualan, bukanlah kutipan box office atau anugerah yang dicari sebaliknya apa yang dialami ini merupakan satu pengiktirafan abadi buat mereka.

"Kalau dapat kutipan box-office atau anugerah dari dalam atau luar negara, ia merupakan satu bonus. Tapi yang penting ialah pengiktirafan. Apabila filem ini ditayang di luar orang tengok akan kata filem terbitan Malaysia. Saya mahu filem ini diterima dan mampu membuka mata masyarakat luar," luahnya penuh yakin.
Bakal ditayangkan 10 Mac depan, Norman yakin filem epik termahal terbitan mereka itu mampu mengutip RM 10 juta.

"Saya yakin kutipannya mampu mencecah RM 10 juta menerusi tayangan dalam dan luar negara. Kekuatan jalan cerita serta teknik yang digunakan dalam filem ini antara yang terbaik yang telah kami hasilkan," luahnya.
HMM dibarisi pelakon tempatan dan luar negara antaranya Stephen Rahman Hughes,Gavin Stenhouse, 
Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.

sumber : murai.com
This entry was posted in

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...