Memaparkan catatan dengan label AMSA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMSA. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Mac 2014

MH370: Berkemungkinan terbang lebih pantas, kawasan pencarian diubah


KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang 8 Mac lalu kini diubah lokasinya susulan penemuan baharu yang kredibel oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web AMSA, hasil maklumat yang disampaikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia, kawasan pencarian baharu akan diubah lokasinya 1,100 kilometer ke Timur Laut.

Agensi penyiasat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), telahpun memeriksa maklumat yang diberikan dan berpendapat maklumat itu adalah paling kredibel untuk mengesan kawasan serpihan.

Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan merangkumi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth.

Maklumat terbaharu ini adalah berdasarkan analisa data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sehingga hubungan radar terputus.

Hasil siasatan juga mendapati pesawat terbang lebih pantas dari masa yang dianggarkan sebelum ini, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan berkemungkinan mengurangkan jaraknya menuju ke Lautan Hindi.

ATSB juga berpendapat maklumat akan lebih diperincikan oleh pasukan penyiasat yang kini terus menganalisa maklumat radar.

Pertubuhan Perisikan-Geopatial Australia juga dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan imej satelit di kawasan baharu ini.

Sementara itu keadaan cuaca dlaporkan semakin baik dengan 10 pesawat telah ditugaskan untuk meneruskan misi pencarian hari ini.

Ia termasuk dua kapal P3 Orion milik Tentera Udara Australia, sebuah jet milik pasukan Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion milik Jepun, Sebuah P3 Orion milik Republik Korea, sebuah pesawat Hercules 130 milik Republik Korea, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 milik tentera China, sebuah P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam untuk tujuan komunikasi.

Sebuah lagi pesawat P3 Orion turut diletakkan dalam keadaan bersedia di pelabuhan Pearce sekiranya terdapat penemuan baharu.

Ketika ini terdapat enam kapal di kawasan pencarian termasuk HMAS Sucess dan lima kapal milik China.
AMSA dan ATSB dijangka akan mengadakan satu siding akhbar mengenainya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.



Berita mula diterbitkan pada: Mac 28, 2014 10:26 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-berkemungkinan-terbang-lebih-pantas-kawasan-pencarian-diubah-32681?cp

Khamis, 20 Mac 2014

Operasi AMSA diteruskan pada Jumaat, cuaca menjejaskan pencarian objek




    KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi tamat untuk hari ini sebelum disambung esok.

    Menurut laman web Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), empat kapal terbang digunakan untuk meliputi kawasan seluas 23,000 kilometer persegi, 2500 kilometer daya barat Perth.

    Dua pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion dan Hercules, kapal P8 Poseidon milik Amerika Syarikat dan pesawat tentera udara New Zealand Orion digunakan dalam misi ini.

    AMSAjuga melaporkan bahawa cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi

    Awal hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaanterapung di Lautan Hindinamun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

    Pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri PengangkutanDatuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.

    Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 22:21 (MYT)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...