Salam semua, malam nie nak berkongsi luahan hati lak rasanya. Melihat kepada raut wajah abah yang semakin berubah kerana faktor usia membuatkan hatiku merasa hiba. Di kala usia "pencen" abah masih membanting tulang untuk menambah baik ekonomi rumahtangga dan kehidupan yang masih belum tentu kesudahannya. Alhamdulillah aku bersyukur kerana abah masih sihat dan bertenaga.
Walaupun abah ada meluahkan isi hatinya kepada aku yang hanya semangatnya yang masih kuat jika dibandingkan dengan tenaganya... Kekuatan fizikal yang gah pada diri abah seketika dulu semakin hilang semakin lemah dengan faktor usia yang semakin menigkat.
Keringat yang dulu jatuh kebumi untuk membesarkan anak-anak umpama sungai yang mengalir takkan akan lupakan dan akan sentiasa aku kenang. Sesungguhnya aku sangat menghargai seorang lelaki yang bergelar abah yang sangat aku sayangi. Walaupun aku masih tidak dapat membantu menambah baik kehidupan abah, tapi abah sangat gembira kerana kasih sayang yang kami adik beradik dan anak beranak berikan pada abah.. sayang abah.... Semoga Allah panjangkan usia abah dan memberi kesihatan yang baik untuk abah...AMIN...
cik suha pon syg ayh cik suha (^_^)
BalasPadam