Selasa, 12 Julai 2011

Suara Keamanan | SHAHAZRIN.COM


Salam semua…

Pagi ini aku terfikir untuk menulis pendapat dan pandangan aku tentang beberapa perkara yang berlaku di negara kita akhir-akhir ini.Maafkan aku kalau aku tersalah meluahkan perasaan.

 Pasti ada dikalangan rakan taulan atau jiran tetangga mungkin saudara mara bermasam muka dan tak bertegur sapa dek kerana berselisih pendapat mengenai pandangan masing-masing tentang perhimpunan baru-baru ini. Apalah guna kita tak bertegur sapa kerana perkara macam nie. Mungkin ada yang remove friends dari menjadi rakan di facebook disebabkan status dan pandagan di facebook. Dunia sekarang sangat canggih tapi kita masih di belenggu fikiran sempit hingga sanggup memutuskan tali silaturahim..

Kadang-kadang walaupun tidak merasai detik menghadiri perhimpunan tersebut pasti ada yang naik angin dengan khabar mulut atau cerita atau video amatur yang diambil dari perhimpunan tersebut. Kesalahan mula ditunding kearah pihak berkuasa yang memang tugas mereka untuk mengawal dan mengekalkan keamanan di negara. Sebenarnya tidak kira parti mana yang mengetui sesebuah kerajaan dah memang tugas POLIS mengekalkan kententerman awam. Dan ianya berjaya.

Sebagai seorang Melayu yang Cintakan Agama Bangsa dan Negara.. Janganlah kita dipecah belahkan dengan isu yang hanya membezakan pendapat dan pandangan, Janganlah kita terlalu taksub dengan sesuatu yang tak pasti. Jangan kita diperalatkan dan diracuni dengan anasir yang akan memecah belahkan bangsa dan agama. Dalam kita tak sedar kita sendiri yang cuba pecah belahkan bangsa kita sendiri… Yang lain pasti gembira bertepuk tangan bila bangsa kita hancur.



1 ulasan:

  1. kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya bertegang urat. << kata2 Zulfikar ni memang saya sangat suka & jd 1 pegangan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...