Pengikut

GANGGUAN BEKALAN AIR 14 - 15 MARCH


sumber : syabas

PETALING



Tempoh
14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm *SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.  

Sebab Gangguan
Lain-lain   
Keterangan
Kerja-kerja penggantian 'Sluice Valve' bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian 'Delivery Sluice Valve' bersaiz 1350mm pam no.7 dan 'Suction Butterfly Valve' bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan 'Feeder' elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).  

Kawasan Terlibat
WILAYAH PETALING 
1. SS 1 6, PJ 2. SS 7, Kelana Jaya 3. SS 8, Trade Zone 4. SS 9A, Sg. Way 5. SS 20, Damansara Kim 6. SS 21 & 21A, Damansara Utama 7. SS 22, Damansara Jaya 8. SS 22 23, Kg. Sg. Kayu Ara 9. SS 24, Taman Megah 10. Ss 25, Taman Mayang Mas 11. SS 26, Taman Mayang 12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria.. 13. PJU 1A, Damansara Idaman 14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana 15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara 16. PJU 7, Mutiara Damansara 17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan 18. Taman Megah Mas 19. Bandar Utama 20. Tropicana Golf 21. TTDI & Pinggiran TTDI 22. Sg. Pencala 23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara 24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara 25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera 26. Seksyen 12 hingga 14, PJ 27. Kg. Melayu Subang 28. U3, Subang Perdana 29. U5, Mah Sing 30. Subang Bestari
Maklumat Tambahan
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".   



ANTARA DAERAH LAIN YANG TERLIBAT


HULU SELANGOR



Previous
Next Post »