GUL dan Hayrunnisa bergambar bersama semasa majlis resepsi Hari Republik di istana beliau di Ankara, kelmarin. - REUTERS |
Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.
Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.
Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.
Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.
Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP
SM-Kat Malaysia ada "orang" berbangga sebab tak bertudung...
Lagi mengenai TURKI : http://id.wikipedia.org/wiki/Turki
Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti) disebut Türkiye (bahasa Turki: Türkiye) adalah sebuah negara besar di kawasan Eurasia. Wilayahnya terbentang dari Semenanjung Anatolia di Asia Barat Daya dan daerah Balkan di Eropa Tenggara. Turki berbatasan dengan Laut Hitam di sebelah utara; Bulgaria di sebelah barat laut; Yunani dan Laut Aegea di sebelah barat; Georgia di timur laut; Armenia, Azerbaijan, dan Iran di sebelah timur; dan Irak dan Suriah di tenggara; dan Laut Mediterania di sebelah selatan. Laut Marmara yang merupakan bagian dari Turki digunakan untuk menandai batas wilayah Eropa dan Asia, sehingga Turki dikenal sebagai negara transkontinental.
huh.tak patut.
BalasPadamRasis... Tapi jangan takut... Kalau jadi mcm ni dikalangan orang kira, ingat, Allah sentiasa dekat...
BalasPadam