Sabtu, 7 Julai 2012

MAYAT MANGSA BUAYA DITEMUI

carian google

Mayat mangsa serangan buaya di Batang Saribas ditemui


KUCHING: Mayat pemotong pokok rumbia dipercayai diserang buaya di Batang Saribas kelmarin, ditemui dekat tebing sungai di seberang Kampung Medang, Spaoh jam 7 pagi ini, kira-kira 20 kilometer dari tempat mangsa diserang.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superitendan Sarifuddin Mustaffa, ketika dihubungi berkata beberapa anggota badan Drahman Chali, 55, dari Kampung Hilir Beladin seperti tangan dan kaki sudah putus manakala kepalanya hampir terputus.

"Selepas membawa mayat itu ke Hospital Betong, anggota keluarganya mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan diserang buaya sebelum ini," katanya. 
Sarifuddin berkata, berikutan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat yang turut membabitkan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dihentikan.

Pada 19 Jun lalu, seorang wanita iaitu Siah anak Munsong, 42, menjadi korban serangan buaya ganas di Sungai Seblak, juga dalam bahagian Betong. - BERNAMA

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...