Pengikut

SYARAT - SYARAT NAIK KOMUTER.. PENTING !!!



  1. TAMBANG KANAK-KANAK
    Kanak-kanak berumur  antara empat (4) tahun hingga 12 tahun dikenakan separuh tambang dewasa, manakala untuk kanak-kanak berumur bawah empat (4) tahun boleh menaiki tren secara percuma.
  2. TIKET TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK ATAU DIJUAL SEMULA
    Penumpang tidak boleh memindah milik atau menjual semula tiket beliau kepada mana-mana pihak ketiga.
  3. KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TIKET
    KTM Berhad tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan tiket perjalanan yang berpunca daripada kecuaian penumpang sendiri. Tiada penggantian tiket atau pemulangan tambang akan diberikan.
  4. KECUAIAN SEMASA MEMBELI TIKET
    Tiada penggantian tiket atau pemulangan tambang akan diberikan jika berlaku kesilapan yang berpunca daripada kecuaian penumpang sendiri semasa pembelian tiket sama ada di mesin tiket atau di kaunter.
  5. PILIHAN PEMULANGAN TAMBANG ATAU PENGGANTIAN PERJALANAN
    Jika perkhidmatan KTM Komuter mengalami gangguan waktu perjalanan melebihi 30 minit, penumpang mempunyai pilihan untuk mendapat penggantian penuh satu perjalanan  perkhidmatan atau pemulangan tambang penuh  dalam masa 24 jam selepas kelewatan berlaku di mana-mana stesen KTM Komuter.
  6. MEMBAWA BARANGAN
    Berkuat kuasa 1 November 2010, penumpang akan dikenakan bayaran tambahan bagi membawa bersama barangan yang ditakrifkan sebagai bukan bagasi seperti berikut:
    Barangan berukuran tidak melebihi 45 sm setiap sudut dan berat tidak melebihi 25 kg.
    Barangan pertama dibenarkan tanpa bayaran.
    Barangan ke - 2 dan ke - 3 akan kenakan bayaran tambahan sebanyak RM20.00 seunit.
    Maksimum tiga (3) barangan sahaja dibenarkan.
    Barangan berukuran melebihi 45 sm setiap sudut dan berat melebihi 25 kg.
    Barangan tambahan sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi setiap unit barangan.
    Maksimum dua (2) barangan sahaja dibenarkan.
  7. LARANGAN MENAIKI TREN TANPA TIKET YANG SAH
    Penumpang mesti memiliki tiket yang sah SEBELUM menaiki tren. Surcaj RM30.00 serta bayaran tambang perjalanan dari stesen permulaan sektor akan dikenakan kepada penumpang yang menaiki tren tanpa tiket yang sah.
  8. LAKU MUSNAH
    Denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi (tiga) 3 tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan terhadap individu yang melakukan kerosakan, gangguan terhadap operasi atau harta benda milik syarikat kereta api dengan sengaja.

Previous
Next Post »