Ahad, 8 Julai 2012

3 suspek samun selebriti dicekup

Mohd Mokhtar (tengah) bersama Rita melihat kad pengenalan  yang ditemui selepas polis   memberkas tiga suspek di Ulu Tebrau, Johor Bahru.
Mohd Mokhtar (tengah) bersama Rita melihat kad pengenalan yang ditemui selepas polis memberkas tiga suspek di Ulu Tebrau, Johor Bahru.


Johor Bahru: Polis percaya dapat menyelesaikan kes samun dan peras ugut seorang personaliti televisyen Singapura, Rita Zahara Mohd Nazdeer, Ahad lalu susulan penahanan tiga lelaki, Rabu lalu. 

Polis turut merampas dua pucuk pistol, sepucuk senapang pam berserta tiga peluru hidup dan dua kereta curi termasuk kereta Nissan Sunny milik Rita Zahara daripada suspek berkenaan.

Selain itu, polis menemui satu lencana Polis Diraja Malaysia, 14 telefon bimbit pelbagai jenama, kad bank dan barangan peribadi mangsa rompakan. 
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis menahan ketiga-tiga suspek berumur antara 33 hingga 45 tahun dalam serbuan di tiga rumah berasingan di FELDA Ulu Tebrau, kira-kira jam 5 pagi. 

Mokhtar berkata, dua daripada suspek itu adalah orang yang amat dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes mencuri kereta di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi. 

Katanya, semua suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika ditahan dan mereka masih memburu dua lagi yang disyaki turut terbabit dalam kes itu. 

Beliau berkata, polis akan mengeluarkan gambar lakaran suspek berkenaan dalam masa terdekat. 
Polis turut menemui sebuah komputer riba, telefon bimbit dan kad bank milik personaliti TV terbabit. 

Mokhtar berkata, semua suspek yang direman sehingga 10 Julai, mempunyai rekod jenayah berhubung kes samun, curi kereta, pecah rumah dan dadah. 

Mereka disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 kerana memiliki pistol dan Seksyen 8(a) akta sama bagi kes memiliki peluru, katanya. - BERNAMA

cerita sama di : METRO ONLINE

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...