Untuk makluman tuan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia akan menjalankan satu siasatan awam berkenaan kejadian semasa Bersih 3.0 tersebut. Siasatan awam berkenaan akan bermula pada 5 Julai 2012. Terma rujukan siasatan awam berkenaan adalah seperti berikut:
a) Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April 2012;
b) Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:
i. Bagaimana pelanggaran itu terjadi;
ii. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan
iii. Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.
c) Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.
Sehubungan itu, jika tuan mempunyai sebarang maklumat atau bersedia menjadi saksi bagi siasatan awam ini untuk sebarang kejadian yang berlaku semasa 28 April 2012 tersebut, tuan boleh hadir ke pejabat SUHAKAM atau menghubungi Ketua Sekretariat Siasatan Awam ini iaitu Encik Simon Karunagaram di talian 03-2612 5605 / 012-3290683. Kerjasama tuan mengenai hal ini amat dialu-alukan.
Sekian dimaklumkan.
“HAK ASASI UNTUK SEMUA”
b.p.
SIMON KARUNAGARAM
Ketua Sekretariat
Siasatan Awam Berkenaan Dakwaan Pelanggaran Hak Asasi Manusia Semasa Dan Selepas Perhimpunan Pada 28 April 2012
note : email yang aku terima dari suhakam
0 Komen:
Catat Ulasan