dayne.ghazali@utusan.com.my
Jalaluddin Jaafar (kiri) berdepan pemain Perlis, Mohd. Nazaruddin Zain ketika beraksi pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2004 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. |
Anak jati Pekan, Pahang itu adalah pemain yang paling setia bersama skuad Tok Gajah.
Beraksi di posisi bek kanan, Jalaluddin sentiasa bersama pasukan negeri kelahirannya di kala senang atau susah sepanjang 16 tahun.
Masih gagah pada usia 38 tahun, Jalaluddin memang layak menjadi kapten kerana dia satu-satunya pemain yang tahu bagaimana pengalaman beraksi di pentas akhir kejohanan berprestij itu.
Bagaimanapun pengalaman terakhir Jalaluddin tidak menggembirakan. Dia yang membuat penampilan sulung di pentas akhir Piala Malaysia pada 1997 gagal membantu Pahang muncul juara selepas tewas 0-1 kepada Selangor.
Sejak detik itu, Pahang tidak pernah menjejak kaki ke final, biarpun pada 2004 mereka digelar Real Madrid Malaysia kerana kemampuan memikat ramai pemain berstatus bintang. Piala Malaysia terakhir yang dimenangi Tok Gajah kekal pada 1992.
Sudah memberi bayangan mahu bersara pada hujung musim ini, Jalaluddin atau lebih mesra disapa Abang Jalal bagaimanapun memasang impian untuk mengakhiri karier dengan membantu Pahang menjulang Piala Malaysia.
Kejuaraan berprestij itu adalah satu-satunya piala yang tidak pernah dimenanginya sepanjang bergelar pemain bola sepak.
Kemenangan 3-1 yang dilakar ke atas Sarawak pada separuh akhir pertama minggu lalu menjadikan dia cukup bersemangat untuk mendekati pentas akhir.
Setelah sekian lama, inilah detik terbaik buat Pahang bangkit kembali dalam saingan bola sepak Malaysia dan saya teruja mahu beraksi di perlawanan akhir buat kali kedua selepas 1997.
Enam belas tahun menanti, memang satu tempoh yang lama, namun ia akan menjadi saat yang indah jika kami mampu mempertahankan kelebihan yang ada pada pertemuan di Kuching, Sabtu ini.
Memang luar biasa saya rasa semangat yang dimiliki kali ini. Kalau kami boleh kekal kecemerlangan di Kuching, bukan saja final, malah kami ada potensi untuk muncul juara," katanya.
Jalaluddin yang merupakan produk akademi bola sepak Pahang tidak pernah beraksi dengan negeri lain, kecuali dipinjamkan ke kelab yang berpengkalan di negeri yang sama, Shahzan Muda pada 2009.
Sepanjang bersama Pahang, dia berjaya meraih gelaran Liga Perdana pada 1999, Liga Super 2004 dan serta Piala FA pada 2006.
SUMBER :
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131022/su_11/Memori-1997-gamit-Abang-Jalal#ixzz2iRBHKcDP
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Komen:
Catat Ulasan