Jumaat, 25 Oktober 2013

Parking Seram | Kisah Seram



Di saat anda keluar dari lift pejabat dan pasaraya, hari sudah mulai gelap. Keadaan parking bawah (basement) hanya diterangi lampu yang malap dan ada lampu yang berkelip-kelip. melangkah keluar dari lift sahaja membuatkan anda meremang bulu roma.. hurm..

Nak dijadikan cerita, kereta anda terletak jauh dari kereta yang lain, berjalan dalam keadaan suram seorang diri buat anda mula memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan saat inilah pelbagai cerita seram yang anda pernah tonton dan dengar mula bermain difikiran..

Dalam cahaya samar dan ada lampu parking yang berkelip-kelip membuatkan jantung anda bedebar-debar, sesekali dalam suansa yang senyap sunyi terdegar bunyi titisan air yang menitik dari paip yang bocor.
"tik..tik..tik...tik..tik...tik..tik...tik..tik...tik.." dan tiba-tiba anda dikejutkan dengan  bunyi seperti rantai yang ditarik..."sreeeettttt.........."sreeeettttt.........."sreeeettttt.........."sreeeettttt.........."

Langkah anda semakin laju, tetapi makin anda hampir dengan kereta anda, anda rasakan kereta itu semakin menjauh jauh dan jauh....

sekali imbas dari jauh...anda mula melihat kelibat sesuatu di belakang kereta anda......
putih...rambut panjang...




Apa yang terjadi selepas ini.... cuba anda fikirkan....


adakah ini??????



0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...