Khamis, 16 Disember 2010

Jualan Saga FL disasar 6,500 sebulan

Hafiza Ismail bersama Nurhafiza Basharuddin (kiri) memperkenalkan Proton Saga FL di Proton Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 15 Dis. - Proton Holdings Bhd., (Proton) hari ini berkata, Proton Saga kini menduduki tangga kedua sebagai kereta paling laris di Malaysia dengan purata jualan bulanan sebanyak 6,200 buah.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta berkenaan yang mula diperkenalkan pada Januari 2008, dijangka menyaksikan jualannya meningkat kepada 75,100 buah sehingga 31 Mac tahun depan.

Sehingga Oktober lalu, sejumlah 204,150 buah kereta Proton didaftarkan dan sebanyak 245,030 tempahan diterima.
Syed Zainal selepas majlis pelancaran kereta Proton Saga FL di sini, berkata, melalui pengenalan kereta Proton Saga FL ini, Proton menjangkakan 6,500 buah dapat dijual sebulan.

Kereta Proton Saga FL dijual pada harga RM37,998 untuk model 1.3 standard (manual), RM40,998 standard (transmisi automatik), 1.3 Executive (manual) RM40,698 dan 1.3 Executive transmisi automatik RM43,298.

Model ini menampilkan ciri-ciri baharu seperti lampu depan baru, cermin sisi yang dilengkapi LED, rim aloi 14 inci dan lampu belakang LED baru dan beberapa ciri tambahan lain.

Sebanyak enam warna pilihan ditawarkan iaitu Tranquility Black, Solid White, Generatic Silver, Granite Grey termasuk dua warna baru iaitu Blue Rock dan Cafe Latte.

Syed Zainal Abidin berkata, kesemua model yang dilancarkan itu hanya berbeza antara RM1,000 hingga RM1,300 dengan model Proton Saga sebelumnya.

Katanya, harga Proton Saga FL kekal berpatutan apabila pihaknya dapat mengawal kos meskipun terdapat penambahan ciri dengan reka bentuk lebih bergaya.

Syed Zainal Abidin berkata, kereta Proton Saga FL dijangka dapat menarik perhatian generasi muda yang gemar sesuatu lebih bergaya.

"Saga FL bakal menjadi ikon kepada legasi 25 tahun bagi model itu kekal sebagai pilihan masyarakat.
"Saya percaya Saga FL dapat menjadi ikutan generasi muda dan semestinya sebagai kereta yang sesuai dengan harga berpatutan tepat pada masanya," katanya.Orang ramai boleh membuat tempahan bagi kereta Proton Saga FL dengan bayaran sebanyak RM500 dan melihat model berkenaan dipamerkan di semua bilik pameran Proton seluruh negara bermula hari ini.

3 ulasan:

  1. smart ke Saga ni?apaa beza ngan saga biasa tuh?

    BalasPadam
  2. wah..siap mention nama model yg kat sbelah keta tu ag ek..hihi

    BalasPadam
  3. tadi ada baca kat Metro, pasal Saga FL. smart jugaklah kereta nie. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...