Rabu, 11 Januari 2012

Acheh Dilanda Gempa


Salam semua, Acheh dilanda gempa lagi...sumber yang aku dapat dari akhbar metro online, rakyat Malaysia yang berada di Acheh dilaporkan selamat.. Amaran tsunami telah dikeluarkan untuk beberapa negeri di utara   semenanjung Malaysia. Bagaimana pun amaran itu telah ditarik balik kerana tiada kejadian ombak tsunami dilaporkan di Semenanjung Malaysia.


JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa dalam peristiwa ini.
Pihak berkuasa juga menarik balik amaran ancaman tsunami tidak beberapa lama selepas mengeluarkannya sejurus selepas kejadian. 
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mencatatkan bahawa gempa bumi di lautan yang berpusat di 419km Barat Daya Meulaboh, dengan kedalaman 10km itu, berlaku pada 1.36 pagi dan ia diikuti beberapa kejadian gempa susulan.

Menurut laporan media tempatan, gegaran kuat gempa bumi itu dirasai penduduk Banda Aceh dan sekitarnya, manakala penduduk di kawasan pesisir Aceh pula merasakan tiupan angin kencang.

Penduduk di pesisir pantai yang panik, dilaporkan lari meninggalkan kediaman masing-masing menuju kawasan yang lebih selamat.

Di pusat bandar Banda Aceh, penduduk banyak berkumpul di Jambatan Pantai Pirak dan Jambatan Simpang Surabaya untuk memantau pergerakan arus sungai Krueng Aceh kerana ia boleh memberi petanda jika berlaku tsunami.

Suasana kembali tenang apabila pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami itu. - Bernama

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...