Salam semua.. baru lepas tandatangan Skim SBPA ( saraan baru perkhidmatan awam ) kat opis tadi. memandangkan aku masih off day hari ini.. datang opis tandatangan n balik la..
bila dah tandatangan maknanya aku dah bersetujumenerima opsyen SBPA ni..dengan kata lain aku akan berkhidmat dengan kerajaan sehingga usia aku menjangkau 60 tahun Insha Allah kalau sihat dan panjang umur... Skim baru gaji pun baru...
Kalau di hitung ls umur sekarang.. masih ada 32 tahun lagi servis aku.. dan aku akan pencen pada tahun 2044.. mcm mana la zaman tu nanti kalau aku pencen... ank au yang sulung pun dah 35... dah bercucu kot hahahah.. mcm mana la agaknya aku bila buat kerja lagi 32 tahun?????
sumber google |
0 Komen:
Catat Ulasan