PERINGATAN!!!!!!
Salam semua,saya merayu kepada semua dan untuk diri saya supaya TOLONG!!!! jangan tambah statistik kemalangan maut di musim perayaan ini. Berhati-hatilah di jalan raya..
Jika anda bukan pemandu, anda adalah penumpang.. beri nasihat yang baik dan berguna.... kalau boleh beri peringatan sebelum naik kenderaan.. Sekiranya anda adalah pemandu, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik.. Anda sihat, berada dalam keadaan tidak penat lesu dan cukup tidur.. Tolong jaga keselamatan anda dan keluarga.
Tolong... saya merayu..jika penat, berhenti. Biar lambat asal selamat...Berhati-hati dijalan raya.. Kegembiraan bermula dari mula naik kenderaan biarlah kekal sehingga sampai ke destinasi dituju dan pulang kembali..Insya Allah.. saya doakan anda semua selamat semasa bercuti..
p/s: rasa terpanggil untuk mengeluarkan entri ini.. Ayuh blogger lain... Buat entri dan beri pringatan kepada semua..
0 Komen:
Catat Ulasan