FAKTOR usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.
Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.
“Memang pemergian dua pemain itu dapat membantu kualiti dan meningkatkan imej bola sepak negara tapi sekarang kita perlu memberikan peluang kepada pemain lebih muda.
“Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.
Berita penuh : SINI
Nampaknya masih samar lagi la peluang kita melihat bakat anak malaysia di persembahkan di Kelab tersohor.... yang ada pun Indonesia dan Singapura yang liga mereka lebih kurang jer...
0 Komen:
Catat Ulasan