Salam semua, ok sekarang kita cerita pasal bil Hospital pulak, wife aku ditempatkan di wad kelas dua dan ianya bilik berhawa dingin.. kalau korang semua baca entri yang lepas wife aku belum sampai masanya untuk melahirkan bayi. 3 hari didalam ward wife aku ada beberapa kali menjalani ujian darah.
Semasa di kaunter unit hasil, aku di berikan satu bil secara terperinci jumlah bayaran yang dikenakan atas kos rawatan dan bilik kelas dua... ianya berumlah RM770 setelah di tolak subsidi kerajaan RM 37 ++
Fuuhh.. bayangkan dengan rawatan yang hanya diberikan 3 hari kita kena bayar RM700...kalau bersalin dan kena bedah???? dan lama duk hospital..... Tapi semuanya percuma memandangkan aku kakitangan kerajaan.. Itu lah satu kelebihan bila salah seorang antara suami dan isteri kerja dengan kerajaan..dan tak semua orang ada medical kadkan... dan setahu aku, medical kad x cover orang bersalin... banyak tu...
Bil Hospital mahalkan??
Itu xpergi swasta lagik. Ribu riban. BEdah minor pun dah almost RM10000. Pengalaman2.... Huhu
BalasPadammahal..mahal..mahal.memg mhl..kalu compare ngn swasta memg msh murh larhh. :)
BalasPadammahalnya...tahan hati jak lah demi wife tercinta...
BalasPadamMs bersalin pn sy dok wad kelas 2.. bersalin normal.. baby masuk NICU 1 hr je tp bila dh siap check up & di sahkan sihat hr kedua tu kami sama2 blh blk. Charge dia.. mahal ke tak tak tau la sbb 1st time masuk wad. kalau nk compare dgn private memang la lbh mrh gov tp mari kita tgk dr sudut org yg x de kemampuan.. mgkin bg dorang mahal. Kelas 2 yg sy duduk ni memang byk kakitangan kerajaan. Takde benda free even gov or private.. kan??
BalasPadamskrg ni semua benda mahal..tu belum duduk hospital swasta lagi..mau beribu agaknya
BalasPadamsalam...so wife dah ok?alhamdulillah..aah, bil hospital sgt tinggi yang melampau.ingat lg masa kat hosp.pantai thn lepas, caj utk wad satu mlm rm250..huhuh..kalah harga hotel:)
BalasPadam