PILU: Talib bersama isteri dan anak-anak tidak dapat menahan kesedihan selepas mengecam mayat anaknya, Muhammad Farizuddin Talib, 19, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi kemalangan maut bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) menenangkan keluarga mangsa ketika meluangkan masa melawat di Hospital Melaka, hari ini. - Foto NSTP |
Senarai mangsa terbunuh dalam nahas ngeri di Melaka
2010/10/11
MELAKA: Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam. Polis menyatakan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa ialah pemandu bas ekspres
1. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;
Penumpang bas ekspres
2. Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
3. Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;
4. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
5. Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan
6. Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah
7. Pau Khan Tual, 21;
8. Kam Khaw Tual, 28; dan
9. Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
Pemandu van,
Pemandu van,
10. Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat;
11. Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan
12. Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki).
- BERNAMA
0 Komen:
Catat Ulasan