Info
5 panduan atasi anak kencing malam
Jumpa doktor bagi menghentikan permasalahan ini jika anak anda berusia enam atau tujuh tahun. Ujian akan dijalankan bagi memastikan anak bebas daripada masalah jangkitan pundi kencing.
Jangan hukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak upaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.
Hormati hak peribadinya - kanak-kanak malu kerana kencing malam dan tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya.
Latih anak bangun malam untuk kencing. Amalan setiap malam akan mendidik akal dan tubuhnya untuk bangun membuang air kecil sebelum dia kencing di katil.
Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan.
lagi cerita kencing malam di sini
bagus info ni... in case bila ade anak nanti! :D
BalasPadamtehtarikmemoirs.com