Sabtu, 9 November 2013

PUTUS SUSU BADAN


Nak putus susu anak? erm... untuk entri BEN aku nak kongsikan pengalaman aku, Anak pertama menyusu badan Hingga 2 tahun lebih, semasa usianya 1 tahun lebih isteri aku dah mengandung lagi, So anak aku yang no 1 menyusu masa ibunya mengandung ( Alhamdulilah IBU dan anak dalam kandungan sihat jer ) dan selepas adik no 2 dilahirkan, mereka berkongsi . maknanya selepas anak yang kedua lahir,kaka dan adik masih meyusu badan. 

Semasa mula-mula isteri aku mengandung anak kedua, aku cuba juga pelbagai ikhtiar dan cara dari pandangan yang diberikan oleh penasihat2 luar yang telah berpengalaman, aku praktikan, termasuk guna batang bakawali.

kata orang ini ubat kencing manis

orang dewasa pun kalau gigit bantang nie akan kata, pahit Giler le... tapi walaupun pahit anak aku yang no1 telan jua, ha nie yang orang kata" walaupun pahit kutelan jua" tapi ada kesannya, anak aku sakit perut.. nampak tak kemungkinan yang berlaku... 

Yang terakhir setelah pelbagai usaha dilakukan ada yang bagi pendapat untuk ustaz yang pandai baca-baca tu... hehe, So aku pun jumpa, tapi ada yang terkesan dalam hati aku bila dia kata " buat apa nak bagi berhenti, baguslah kalau boleh menyusu, ada orang lain tu nak bagi susu tak dapat, ada masalah, susu takda.  tak pa la, kalau dia nak berhenti nanti dia berhenti sendiri, tapi kita kena guna cara yang betul dan pandai melayan kehendak dia.. Faham kan??? " tak jadi  aku nak buat... hehehe.. 

Anak kedua, aku dan isteri dah sepakat membawa berkat untuk dia menyusu tanpa perlua diberhentikan, Alhamdulillah... dia berhenti sendiri selepas anak ketiga dilahirkan, sekarang isteri aku sedang mengandungkan anak yang ke - 4 dan ank ketiga masih menyusu badan... Syukur pada tuhan kerana dia tidak pernah putuskan susu  untuk anak-anak aku... Inilah pengalaman aku..

Jadi aku ambil kesimpulan yang mudah, menyusu jerla.. kita merancang Allah yang menentukan, Kalau kita ingat perancangan kita rapi, tapi Perancangan ALLAH lebih rapi... InsyaAllah..

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...