Isnin, 4 November 2013

Sabarlah Duhai Hati


Hidup ini penuh dugaannya
penuh dengan pancaroba,
bukan aku tak mencuba,
kekadang aku tak berdaya,
diam membisu seribu bahasa 
seperti tanda aku kecewa..

sudah kucuba ubah nasib kita supaya berbeza,
tetapi rezeki itu bukan milik kita,
walaupun tiada harta berjuta,
hanya cahaya mata anugerah dunia..

dimana aku nak luahkan rasa duka..
bila hati di undang hiba..
hadirnya tanpa diduga..
mencelah hidup bahagia seketika

sedih hati bertambah pilu didada
bila jatuh ditimpa tangga
bukan aku mengundang bahaya
ianya datang meguji jiwa

biarpun apa halangan menimpa

" SETITIS DERITA MELANDA, SEGUNUNG KURNIANNYA"




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...