Semalam aku bekejar lagi ke hospital, cemas seketika bila Aina bermain dengan sepupu jatuh dan sakit tangan, Aina dalam keadaan menangis beritahu umi tangan sakit.. dan menagis tanpa henti lebih kurang sejam sehingga tertidur. Apabila tersedar semula, Aina masih menangis, so bila terima panggilan daripada isteri yang Aina Humaira dalam keadaan macam tu aku segera balik ke rumah.
Aina masih belum boleh bertutur dengan baik, ada pelat dia, jadi dalam tangisan percakapan dia makin sukar difahami, Bila tanya sakit kat mana, kena fahamkan betul-betul..Sampai dapat kesan di bahagian siku, dengan pengalaman menghadiri kurusus pertolongan cemas, aku gunakan pengalaman yang ada untuk beri respon awal pada Aina Humaira.
Disebabkan faktor risau, bawa ke klinik 1 Malaysia untuk dapatkan surat dan bawa ke hospital untuk xray, alhamdulillah, PPUM memang menjadi pilihan aku bila pergi ke Hospital Bila Ada kecemasan. Wad Kecemasan PPUM ada khas untuk kanak-kanak dan tak campur orang dewasa. so senang x lama menunggu.
Samapai di hopsital, Jururawat yang bertugas tengok keadaan tangan Aina dan respon yang pertama jururawat tersebut ialah ikatan anduh aku, "siapa yang ikat anduh nie?" terus aku jawab " saya". " salah nie.." alamak malu jap... kursus pertolongan cemas yang lepas dah lama sangat. dah lupa ALASAN...
Alhamdulillah selepas semuanya selesai, tiada yang serius pada tangan Aina dan Aina Humaira yang tomel ini boleh balik ..
aina lebih banyak menggunakan T pada huruf K bila bercakap.. dan berulang kali kena betulkan...
"Tatak teipit tutu tepi tu"..Aina takit
kakak kepik kuku tepi tu....Aina sakit
0 Komen:
Catat Ulasan