Rabu, 20 November 2013

Ancaman diabetes pada si kecil


TAHAP kesedaran di kalangan ibu bapa mengenai penyakit diabetes pada kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas dan kesannya kepada tumbesaran mereka belum begitu meluas.

Tanpa pengetahuan dan maklumat yang mencukupi, ibu bapa menghadapi kesukaran untuk bercerita dan memaklumkan mengenai penyakit tersebut kepada anak-anak mereka.

Sekarang, jika ditanya kepada kanak-kanak tentang penyakit diabetes, pasti rata-ratanya tidak begitu faham. Sesetengahnya tidak pernah dengar dan beranggapan ia hanya penyakit untuk orang dewasa.

Hakikatnya, diabetes atau penyakit kencing manis tidak hanya menyerang golongan dewasa. Kanak-kanak juga tidak terkecuali jika mereka tidak menjaga kesihatan dan pemakanan yang diambil setiap hari.

Seperti orang dewasa, apabila seseorang kanak-kanak dikesan menghidap diabetes, peluang untuk sembuh dan kembali normal agak susah .

Keadaan itu sekali gus akan turut menjejaskan kualiti rutin harian pesakit.

Sehubungan itu, bagi membantu kanak-kanak sekolah mengenali dan memahami penyakit diabetes serta mengajar mereka tentang kepentingan mengambil makanan sihat, Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) telah membawa kartun adi wira Boboiboy bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia, baru-baru ini.
Membawa tema Lindungi Masa Depan Kita, aktiviti ini bertujuan menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran serta cara pencegahan diabetes melalui pemakanan sihat dan senaman.
Seramai 700 pelajar dari Sekolah Kebangsaan St. John 1, Kuala Lumpur terbabit dalam aktiviti interaktif tersebut.

Pengurus 1 Pusat Penjagaan Diabetes GKL, Violet Choo berkata, berdasarkan kajian pada tahun 2012, kanak-kanak yang berumur 13 hingga 18 tahun berpotensi mendapat diabetes tahap 2.

“Pendedahan tentang penyakit diabetes di kalangan kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk mereka mengetahui bahaya diabetes sekaligus mencegah penyakit tersebut daripada awal lagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, terdapat beberapa faktor yang mendorong kanak-kanak mendapat diabetes ketika usia muda.

Antaranya, kurang melakukan senaman, banyak berhadapan dengan tekanan, terbeban dengan kerja sekolah yang banyak dan mengambil makanan ringan tanpa kawalan.

Kesemua faktor itu banyak mendatangkan keburukan kepada kesihatan mereka.

€œBerdasarkan kajian juga, kanak-kanak lelaki lebih berpotensi untuk menghidap diabetes berbanding kanak-kanak perempuan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pakar Pemakanan GKL, Lim Ai Ling berkata, peningkatan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan berlebihan pada tahap 2 semakin membimbangkan.

Membuat pilihan makanan sihat dan melakukan senaman melibatkan aktiviti fizikal akan membantu mereka mempunyai berat badan yang sihat dan mencegah masalah kesihatan termasuk diabetes tahap 2,” katanya.
Ujarnya lagi, diabetes adalah penyakit utama yang dihidapai oleh rakyat Malaysia masa kini dengan statistik yang menunjukkan ia semakin meningkat setiap tahun.

€œKajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 menunjukkan berlaku peningkatan yang drastik penyakit diabetes di kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun dengan 20.8 perautus berbanding hanya 14.9 peratus pada tahun 2006,” jelasnya.

Bagi Psioterapi GLK, Ng Choo Bing, kanak-kanak pada hari ini adalah empat kali kurang aktif berbanding kedua ibu bapa dalam aktiiviti harian mereka.

€œKurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan seseorang mudah mendapat obesiti, kecelaruan muskuloskeletal dan mengundang kepada maslah lain seperti diabetes, penyakit jantung dan strok pada masa akan datang.

Walaupun kanak-kanak pada masa ini tidak mempunyai sebarang penyakit, sentiasa aktif dan melakukan senaman akan adalah asas untuk mendapat kesihatan yang baik,” jelasnya.
Violet Choo


© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...