Jumaat, 21 Mac 2014

MH370: Gambar 'pintu tandas' hanya gurauan, mahu lihat reaksi - Chef Wan



Satu Malaya bagi respon lawak yang Dato buat tak lawak tau, kalau  ada yang belum tau boleh baca sini.  

Beliau yang berada di sebuah pantai pagi tadi memberitahu pihak krew untuk berjenaka dan lihat reaksi orang Malaysia yang suka "melatah dan mengutuk orang." 

“Saya percaya bahawa ada yang pernah bergurau tentang isu ini dalam beberapa hari lepas namun saya sengaja meletakkan gambar itu di Instagram untuk melihat reaksi orang ramai.

“Tidak sampai 10 minit, saya dihubungi oleh Ayie Murai.com… Benar bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang lain walaupun ia bertujuan untuk membuat orang ketawa dan ia merupakan satu jenaka,” kata beliau menerusi Instagram.

Beliau juga akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau.

“Saya terima segala akibat susulan tindakan saya. Saya sengaja melakukannya dan saya berjaya.”

Dalam entri itu, Chef Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Sementara itu, menurut undian yang dilakukan di AstroAwani.com, 80.68 peratus mahu Chef Wan meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Malaysia Airlines manakala 7.41 peratus bersikap neutral terhadap insiden berkenaan.


____________________________________________

Dato nie cakap, memang perangai ORANG MALAYSIA.. suka "MELATAH DAN MENGUTUK ORANG"...
Tapi saya cakap, kalau dah salah memang kena kutuk la, tak kelakar pun gurauan tu.




































































0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...