Sabtu, 22 Mac 2014

MH370: China kesan imej 22 meter panjang, 13 meter lebar di koridor selatan


Satelit China

SEPANG: Satelit pihak berkuasa China merakamkan imej sebuah objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu.

Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya.
Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media harian di sini petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.
“Saya ada berita terbaru," kata Hishammuddin sebelum membaca nota bertulis tangan yang ada pada tangannya.

Pada 20 Mac lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyampaikan maklumat penemuan duaimej satelitbersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370.

Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat,objekberkenaan berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER.

Semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari di koridor selatan telah mengerahkan pesawat dan kapal laut masing-masing ke kawasan pencarian yang terletak lebih kurang 2,300 kilometer ke barat daya Perth.

Walaubagaimanapun, objek tersebut masih gagal ditemui hingga hari ini selepas tiga hari misi pencarian dijalankan bermula Khamis.




Berita mula diterbitkan pada: Mac 22, 2014 18:48 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-china-kesan-imej-22-meter-panjang-13-meter-lebar-di-koridor-selatan-32327?cp

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...