Ahad, 20 November 2011

Cerita Biasa : Amaran Hujan...

Amaran hujan di utara dan pantai timur Semenanjung


2011/11/20

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai esok sehingga Khamis, menurut Jabatan Meteorologi hari ini.

Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan terbabit boleh menyebabkan banjir.
Sementara itu, angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah.

Angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti laut. - BERNAMA

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...