Sumber google |
Salam semua, malam nie terlintas nak tulis pengalaman lepas sepanjang aku bertugas sebagai anggota polis, sedih rasanya hati ini bila terkenangkan peristiwa dan pengalaman mengenai mayat bayi.
Peristiwa ini berlaku semasa aku masih baru menyertai Pasukan Polis beberapa tahun yang lalu, pada suatu petang selepas Maghrib, aku telah di tugas untuk menemani team Caw Pencegahan Jenayah Balai atau CPJ ke kawasan sebuah sebuah kampung di Puchong untuk berjumpa dengan Ketua Kampung dan pemberi maklumat. Maklumat awal, dipecayai bayi yang baru dilahirkan telah meninggal dunia.
Sebagai pasukan yang ditugaskan untuk membuat pengesahan berkaitan kematian, kami sampai di sebuah rumah dua tingkat untuk memulakan penugasan. Sesampainya kami di tempat kejadian kelihatan kelibat Ketua Kampung bersama beberapa orang kampung sedang menanti kehadiran kami.
Setelah memperkenalkan diri, kami di beritahu bayi yang dilahirkan telah meninggal dunia akibat lemas kerana tali pusat terbelit di leher.. Ibu yang melahirkan bayi tersebut melahirkan bayi itu sendirian kerana ingin merahsiakan kelahiran bayi tersebut. Wanita yang melahirkan bayi tersebut difahamkan masih bujang dan belum bernikah, Setelah siasatan dibuat, wanita tersebut mengaku telah bernikah dengan kekasihnya di Thailand dan lelaki itu telah lari meniggalkan wanita tersebut. Akibat kegagalan untuk mendapatkan oksigen, bayi tersebut lemas dan meniggal dunia..
sumber: google |
Dengan perasaan yang sedih, aku ditugaskan untuk membalut bayi tersebut dengan kain batik dan aku lihat tali pusat masih di leher bayi tersebut. Selepas menutup mayat bayi itu, aku dukung mayat tersebut sehingga ke PPUM di PJ. Selepas mayat bayi tersebut didaftarkan di milik mayat Pakar Bedah telah menetapkan esok untuk bedah siasat mayat bayi tersebut..
Esoknya, Pengalaman melihat mayat bayi di bedah tidak akan akan lupakan, bayangkan... mayat bayi yang baru dilahirkan dibelah macam.....( tak mau cakap) Ini pengalaman yang sangat menyedihkan dan tak dapat aku lupakan.. Selapas bedah siasat punca kematian sama mcm yang aku cakap tadi... kegagalan untuk menerima oksigen...
Walaupun ini bukan kali pertama melihat proses bedah siasat, tapi dalam ketegori bayi ini adalah yang pertama dan membuatkan aku demam 2-3 hari.....
:p
Erm... apa pun yang mati itu pasti....
AL- FATIHAH
0 Komen:
Catat Ulasan