Pengikut

Hari ini dan semalam....

Salam semua, selepas tamat tugas pagi semalam, balik rumah rehat sekejap bangun dan terus bergerak ke Rembau pergi kenduri saudara belah mak... Perjalanan aku ke Rembau diperlahankan dengan kesesakan dan kereta bergerak perlahan selepas keluar dari Tol Kajang sehingga kawsan  R n R Seremban arah selatan...

Dalam perjalanan di atas Lebuhraya, aku terlanggar sesuatu dan mengakibatkan tayar belakang sebelah kiri pecah... adoi.. baru pakai sebulan.. kalau pancit tahan lagi.. nie terus pecah.... dengan pengalaman yang ada aku menukar tayar.. penat lor.. tengah panas... Tapi dalam keadaan kelam kabut tu sempat juga aku suruh wife duk luar takut ada yang tak perasan kang, langgar lak kereta aku dari belakang..

 
Selepas tukar tayar di Seremban ( aku tak berapa percaya ketahanna tayar spare aku.)sampai di kenduri agak lewat dan kami disambut dengan paluan kompang ( kebetulan pengantin ngah makan ) dan hujan lebat....

Selesai misi menghadiri kenduri, kami semua termasuk Ayahanda dan Bonda kesayangan patah kebelakang N mandi laut time... Port Dickson.. syok... First time Bonda aku datang sini... selesai kami balik rumah..


Previous
Next Post »