Jumaat, 18 November 2011

Ceritera Hidup " Ada orang takkan puas melihat kita berjalan, sedangkan mereka dahpun berlari "

 

" Aiman ( bukan nama sebenar ) telah membeli sebuah KERETA LAMA untuk kegunaannya berulang alik ketempat kerja. Suatu hari Aiman membawa keretanya balik ke kampung, dan inilah reaksi adik beradiknya :

 Situasi..
Abang1: Aiman ini kereta baru beli ke? Apalah beli kereta BURUK... Beli lah yang elok sikit.

Abang2: Berapa kau beli kereta ni? Tahun berapa? Hutang ker nanti x mampu nak bayar.
Aiman : 5000 cash tahun 1990.
Abang2 : mahalnya.. Ko kena tipu nie. Apalah ko nie. Membazir je. Lain kali tanya la orang lain dulu
Aiman : baru nie pulak nak ambil tahu, dulu tanya cakap x tahu ( dalam hati)

Aiman merasa sedikit down dengan motivasi abg2 nya itu. Suatu hari di pasar malam, seorang pakcik yang tidak di kenali datang kepada Aimanm
 
Situasi :

Pakcik : Ini kereta anak ker? Bagus kereta ni, Teringat zaman pakcik muda2 dulu.
Aiman : yer pakcik, bagus? Ramai org cakap kerata ni buruk.
Pakcik: takpa la kereta apa pun, yg penting dapat berteduh dari panas dan hujan. Dan itu sahaja kemampuan kita. Pedulikan apa orang nak kata.

Sambil tersenyum aiman mengucapkan terima kasih dan pakcik itu berlalu pergi...

Situasi ini sentiasa berlaku di sekeliling kita." Manusia tak kan berpuas hati melihat kita dapat berjalan, padahal mereka sudah berlari"
Anda berada di situasi mana?

ABANG1 atau ABANG2 atau PAKCIK ??????

Renung-renungkan...
This entry was posted in

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...