Sabtu, 19 November 2011

CERITA BIASA : Awas borang palsu bantuan khas RM500: Awang Adek

 
 

BACHOK: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, hari ini mendedahkan wujud golongan tertentu yang mengedarkan borang palsu bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan lebih awal, terutama di kampung.

Beliau menegaskan hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja berhak mengedarkan borang berkenaan bermula 1 Disember.
Awang Adek berkata, sebarang borang yang diedarkan sekarang tidak boleh digunakan kerana ia bukan borang sahih.
"Pihak yang berbuat demikian perlu menghentikannya segera kerana ia boleh mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di sini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata LHDN kini di peringkat akhir penyediaan borang dan akan mengedarkannya mengikut jadual yang ditetapkan.

"Saya sendiri pun belum melihat borang berkenaan," katanya. - BERNAMA




website LHDN Klik SINI

1 ulasan:

  1. benda mcm nie pun masih ada yg nak ambil kesempatan. apa punya manusialah, hidup nk senang, kerja susah tak nak....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...