Ahad, 27 November 2011

CERITA BIASA | BIODATA NAZMI FAIZ MANSOR


Biodata Nazmi Faiz Mansor | Pemain Malaysia

Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir:16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Berasal dari:Kuala Lumpur
Negara:Malaysia
Tinggi :167 cm .
Berat :-.
Posisi:Midfielder
Nombor Jersi: 21
Sekolah : Sekolah Sukan Bukit Jalil, (2008-2011)

Muhamad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia. Beliau bermain di posisi Midfielder. Pada bulan November 2011, beliau telah menangguhkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ingin membantu skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia.

Nazmi Faiz Mansor telah melakukan debut pertamanya untuk Sukan Sea ke 26 ketika membantu skuad Malaysia menang 2-1 keatas Thailand, iaitu pada perlawanan kedua Malaysia di peringkat Kumpulan.

Jurulatih Malaysia Ong Kim Swee telah menghamburkan pujian kepada Muhamad Nazmi Faiz yang menampilkan mutu permainan terbaik.

petikan dari kosmo- "Saya bangga melihat prestasi Nazmi. Dia baru berusia 17 tahun tetapi dia bermain dengan cemerlang. Ini cukup baik untuk skuad negara pada masa hadapan."

Kenyataan Kim Swee itu ada benarnya kerana Muhd. Nazmi dilihat mampu mencorak permainan Harimau Muda dengan baik walaupun dia muncul sebagai pemain paling muda di tengah padang

FB : FACEBOOK NAZMI

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...