Selasa, 8 November 2011

Penjawat Awam N17 Lari...

 

Salam semua, tiba-tiba terdetik dihati untuk menaip cerita N17 nie, N17 adalah gred yang di keluarkan JPN untuk mereka yang baru bertugas dalam kerajaan dengan kelulusan SPM ( betulkan kalau saya salah ok)
Permohonan biasanya di lakukan dengan menggunakan borang SPA8 dalam Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. 

 

Sebagai seorang anggota POLIS, Penambah baikkan yang di lakukan oleh PDRM dan Kerajaan Malaysia telah memberi peluang pada mereka yang belum bekerja untuk bekerja dalam PDRM sebagai mereka yang melaksankan tugas pendabiran awam dan pelbagai tugas pejabat. Alhamdulillah... Dengan erti kata lain kemasuakan mereka ke dalam PDRM dengan mengambil alih dan menambah baik tugas pentadbiran POLIS, dan Anggota POLIS yang di keluarkan ditugaskan di lapangan untuk tugas seperti ronda dan sebaginya.

Tugas yang diberikan mereka sangat dihargai. Akan tetapi terdapat segelintir penjawat awam yang baru berkhidmat, mensia-siakan peluang yang di berikan dengan menamatkan tugas yang baru diterimanya tanpa alasan yang munasabah. Pada pendapat saya, mereka yang menamatkan kerjaya walaupun baru berkhidmat adalah tidak wajar.. ini kerana, ramai lagi mereka yang diluar sana masih menunggu panggilan untuk betugas sebagai penjawat awam walaupun sudah beberapa kali memperbaharui permohonan untuk bekerja.
Kesian bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan dan mengharap dan mereka layak....


Kalau la boleh JPA benarkan mereka yang nak berhenti tu serah tugas pada mereka yang masih menanti kan bagus.... erm...
This entry was posted in ,

1 ulasan:

  1. kebanyakan mereka ni dah terbiasa kerja swasta yang menawarkan gaji lumayan... bila masuk kerajaan, gaji sikit... tapi klu ikutkan jangka panjang, keje ngan kerajaan ni lebih terjamin... swasta, bila orang tak suka kita, bila2 masa jer kita bleh ditendang keluar... ermmm... terpulanglah pada individu... tepuk dada tanya selera... ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...