Sabtu, 29 Mac 2014

LOGO KKM




PENERANGAN LOGO

LATAR BELAKANG PUTIH
Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.

HATI BERWARNA MERAH
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

TANGAN
Melambangkan keihlasan dan kesediaan untuk membantu.

SENTUHAN DI HATI
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

MOTO – “Kami Sedia Membantu”
Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu  pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...